Lelaki Nepal ‘serah diri’ untuk dilanggar kereta Myvi

Lelaki Nepal ‘serah diri’ untuk dilanggar kereta Myvi

Seorang lelaki dipercayai warga Nepal nyaris dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi setelah bertindak meluru ke tengah jalan raya sekitar Jalan Hulu Yam Bharu, Batu Caves, Selangor hari ini.

Berdasarkan perkongsian rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan di laman Facebook, individu terbabit tampak sengaja berbuat demikian dan nyaris dilanggar oleh kereta Myvi yang dipandu laju di laluan tersebut.



Bagaimanapun, nasib menyebelahi lelaki asing berkenaan kerana pemandunya peka dengan keadaan sekeliling dan sempat menekan brek secara mengejut.

Setelah detik cemas itu, pemuda Nepal telah dibawa ke laluan yang lebih selamat serta ditenangkan oleh seorang penunggang motosikal.

Lelaki berkenaan difahamkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan hasil daripada insiden tersebut.

Dia kemudiannya beredar dari lokasi kejadian dan punca sebenar dia berbuat demikian tidakdiketahui susulan tiada maklumat lanjut didedahkan. K Online



Lelaki Nepal ‘serah diri’ untuk dilanggar kereta Myvi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar



Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker