Kes amang seksual PU Azman, 48 salinan perbualan WhatsApp diserahkan ke mahkamah

Kes amang seksual PU Azman, 48 salinan perbualan WhatsApp diserahkan ke mahkamah

MAHKAMAH Sesyen Ampang hari ini menerima dokumen-dokumen daripada pihak pendakwaan berhubung pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun.melibatkan pendakwah selebriti, Azman Syah Alias.

Dalam prosiding sebutan semula di hadapan Hakim Norhazani Hamzah pagi ini, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim menyerahkan 16 dokumen bagi kes berkenaan.



Dokumen-dokumen tersebut termasuk laporan polis, rakaman percakapan tertuduh, borang bongkar dan salinan sijil lahir mangsa.

Antara lain, beberapa keping gambar tempat kejadian dan barang kes, salinan tangkap layar aplikasi WhatsApp milik tertuduh dan mangsa menerusi laman web, 48 keping salinan perbualan WhatsApp antara mangsa dan tertuduh, serta semakan telekomunikasi bertarikh 6 dan 7 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, Norhashimah memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu bagi serahan dokumen-dokumen tambahan.

Peguam yang mewakili Azman, Mohd Zahid Ahmad mengesahkan telah menerima dokumen-dokumen yang diserahkan oleh pihak pendakwaan.



Hakim kemudian menetapkan 21 Mac depan bagi sebutan semula kes dan penyerahan dokumen tambahan.

Azman atau nama pentasnya, PU Azman, 42, yang tiba di mahkamah sekitar jam 8.50 pagi tadi kelihatan ceria dan memaklumkan dirinya dalam keadaan sihat.

Pada 21 Disember lalu, tertuduh yang juga lebih mesra dikenali sebagai Cik Man didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang dengan satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun pada Februari dan Julai tahun lalu.

Pada 7 Disember lalu, tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Klang atas empat pertuduhan melakukan amang dan komunikasi seksual serta kelucahan melampau pada tiga remaja lelaki tahun lalu.



Tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada tahun sama pada 12 Oktober.

PU Azman tidak mengaku bersalah bagi kesemua pertuduhan berkenaan. Utv

Kes amang seksual PU Azman, 48 salinan perbualan WhatsApp diserahkan ke mahkamah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo



Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker