Bukan gajah sahaja boleh naik minyak, isteri pun boleh ‘naik minyak’

Tiada seorang pun daripada orang ramai yang menyaksikan pertengkaran itu dilihat cuba meleraikan pergaduhan mereka. – Twitter

NEW DELHI –  Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan sepasang suami isteri warga emas  bertengkar di tepi jalan sambil memegang besen besi yang digunakan untuk memukul satu sama lain, lapor  laman berita India Times semalam.

Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Twitter itu, suami isteri tersebut bertengkar di tepi sebatang jalan sibuk di Mumbai tanpa menghiraukan orang ramai yang memerhatikan mereka.

Pada awal klip video, si isteri yang kelihatan amat marah,  memukul suaminya menggunakan besen besi.

Lelaki warga emas itu kemudian merampas besen tersebut dan membuat aksi seolah-olah dia ingin memukul kembali isterinya.

Si isteri cuba merampas kembali besen tersebut, namun dihalang oleh si suami sebelum video berakhir.

Tiada seorang pun orang awam yang menyaksikan pertengkaran itu dilihat cuba meleraikan mereka.

Video itu menjadi tular dengan orang ramai memberikan pelbagai pendapat.

“Ia amat menyedihkan apabila seseorang yang berjanji akan bersama kita dalam susah dan senang serta mencintai dengan sepenuh hati,  namun akhirnya, bergaduh di tepi jalan sambil disaksikan orang ramai. Kejadian ini amat menyedihkan. Semoga tiada sesiapa lagi yang mengalami situasi ini,” kata seorang netizen.

“Ini adalah perkahwinan yang tidak ditunjukkan dalam filem-filem KJO (Karan Johar),” kata seorang pengguna lain sambil merujuk kepada pengarah terkenal Bollywood yang menghasilkan filem blockbuster seperti Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Khushi Kabhie Gham. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker