Jawatankuasa mulakan rundingan kerusi PRN parti Kerajaan Perpaduan

Jawatankuasa mulakan rundingan kerusi PRN parti Kerajaan Perpaduan

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki GAMBAR: Abd Razak Aid
JAWATANKUASA Perundingan Kerusi yang ditubuhkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan memulakan rundingan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, jawatankuasa itu akan melibatkan pengarah-pengarah pilihan raya dan wakil-wakil parti gabungan utama Kerajaan Perpaduan.



Menurut beliau, wakil parti itu adalah daripada Pakatan Harapan (PH); Barisan Nasional (BN); Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta parti Warisan.

“Jawatankuasa ini akan melibatkan pengarah-pengarah pilihan raya dan wakil-wakil gabungan utama serta Parti Warisan untuk memulakan rundingan kerusi menghadapi PRN Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi memaklumkan, mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam tadi turut membuat keputusan menubuhkan dua lagi jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik serta Jawatankuasa Komunikasi Strategik.

Jelas beliau, Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik akan menyelaraskan serta menilai pencapaian dalam aspek pelaksanaan intipati manifesto parti-parti gabungan oleh kerajaan bagi manfaat rakyat.



Beliau berkata, ia terutama yang berhubung dengan kesejahteraan hidup, bebanan kos sara hidup rakyat, pembangunan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

“Jawatankuasa ini juga akan menyediakan kertas-kertas perancangan strategik mengenai hala tuju kerjasama dan masa hadapan hubungan setiap parti-parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Jawatankuasa Komunikasi Strategik pula akan menyelaras dan merencana program penerangan bersama dalam kalangan parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan sehingga ke akar umbi.

“Selain itu, ia bagi menangani optik dan naratif komunikasi kepada rakyat menggunakan pelbagai platform media,” katanya.



Asyraf Wajdi berkata, Sekretariat Kerajaan Perpaduan kini didukung oleh empat parti-parti gabungan iaitu PH, BN, GPS dan GRS di samping satu parti tunggal iaitu Warisan.

Secara keseluruhan, katanya, terdapat 20 parti yang mendukung dan menyokong Kerajaan Perpaduan dengan jumlah 148 Ahli Parlimen menyamai dua pertiga majoriti dalam Parlimen. Utv

Jawatankuasa mulakan rundingan kerusi PRN parti Kerajaan Perpaduan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol



Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker