Khairy gagal mendapat sokongan orang muda semasa menjadi KP
Khairy gagal mendapat sokongan orang muda semasa menjadi KP
Seorang penganalisis politik mempertikai sejauh mana Khairy Jamaluddin mampu meraih sokongan pengundi Melayu muda kerana berpendapat bekas ketua pemuda Umno itu hanya disokong golongan muda di kawasan bandar atau separa bandar.
Penasihat Utama Pusat Penyelidikan Pasifik, Oh Ei Sun, berkata golongan Melayu muda bandar dianggap progresif berbanding rakan mereka di luar bandar yang lebih konservatif.
Oh mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob bahawa parti itu kehilangan “magnet” yang menarik sokongan orang muda dengan pemecatan Khairy.
Katanya, Khairy mendapat sokongan kukuh daripada belia progresif bandar dan bukannya majoriti kumpulan itu di luar bandar yang lebih konservatif dan mendominasi “gelombang hijau”.
Oh berkata pengundi Melayu luar bandar cenderung mahukan pemimpin yang menonjolkan diri seperti “pengkhutbah”, contohnya Nik Abduh Nik Abdul Aziz dari PAS, seperti dapat dilihat dengan “gelombang hijau” di negeri Pantai Timur Semenanjung.
Menurutnya, untuk berjaya, Khairy memerlukan sokongan pengundi muda Melayu luar bandar yang lebih berkemungkinan keluar mengundi, tidak seperti mereka di kawasan bandar dan separa bandar.
Komitmen terhadap mengundi inilah menjadikan belia Melayu luar bandar penting untuk parti berasaskan Melayu. Ini juga antara sebab parti seperti PAS yakin mampu meraih kemenangan dalam pilihan raya negeri akan datang, katanya.
“Belia bandar mungkin lebih ramai, tetapi mereka tidak benar-benar keluar mengundi seperti rakan luar bandar yang boleh digerakkan dengan lebih mudah oleh PAS.”
Seorang lagi penganalisis, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata, Umno memiliki pemimpin muda lain yang masih mampu menjadi “magnet” menarik pengundi muda seperti Ketua Penerangan Isham Jalil, dan Akmal Saleh antara lainnya.
Katanya, Khairy gagal meraih sokongan mencukupi walaupun pernah menjadi ketua pemuda Umno.
“Jadi kenyataan Ismail Sabri bahawa Khairy mampu menjadi ‘magnet’ menarik sokongan muda tidak benar, kerana golongan itu tidak menyokong Umno ketika itu walaupun beliau rapat dengan mereka.”
Awang Azman berkata, ahli Umno yang muda perlu menonjolkan imej parti yang “progresif dan sederhana” kepada umum, selain meningkatkan usaha media sosial Umno sekiranya parti itu mahu dikenali dalam kalangan belia dan menarik lebih ahli muda. FMT
Khairy gagal mendapat sokongan orang muda semasa menjadi KP
Baca Artikel Menarik:
- Pulangan KWSP mungkin rendah
- ‘Sampai hati pukul bapa sampai mati’
- Yamani, Zaki juara Famili Duo musim kedua
- Tunjuk kemaluan, lelaki dicekup polis
- Polis minta bantuan orang ramai kesan patung Shrek
- Amir Raja Lawak mohon maaf pada pemilik nombor kenderaan
- Ustaz trauma 2 tahun diganggu wanita ‘psiko’
- Fizo Omar jawab Mawar
- Anwar terperanjat dihidang nasi Arab dalam dulang besar – Hassan
- Bersatu akan heret SPRM ke mahkamah – Faizal
- Dakwaan sokongan kepada Shahrizat hanya sekadar pecah belah Wanita UMNO
- Ismail Sabri ‘berbunyi’ lagi, pecat KJ adalah isyarat salah pada anak muda
- Lelaki transgender tunjuk zakar depan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan
You must be logged in to post a comment.