Parti Bangsa Malaysia Kelantan Sambut Baik Tindakan Zuraida

Parti Bangsa Malaysia Kelantan Sambut Baik Tindakan Zuraida

Parti Bangsa Malaysia (PBM) negeri Kelantan menyambut baik keputusan Datuk Zuraida Kamarudin yang telah mengisytiharkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan akan menyertai PBM dalam masa terdekat.

Umum mengetahui beliau adalah seorang menteri yang dilihat aktif dalam menggerakkan kementerian dan agensi di bawah beliau dalam melaksanaksn agenda kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ujar Pengerusi Parti Bangsa Malaysia PBM Kelantan, Ab Aziz Abd Kadir.

Beliau berkata, mengulas tindakan Zuraida itu, lebih 11,000 ahli PBM Kelantan menyambut baik penyertaannya.

“Peranan beliau di kementeriannya memberi impak besar dengan pelbagai polisi dan agenda yang diperkenalkan, termasuk ketika berlaku krisis minyak sawit sewaktu perang Rusia-Ukraine sehingga menyebabkan minyak sawit negara tidak dapat dieksport keluar,” katanya dalam satu kenyataan.

“Perkara itu juga (penyertaan ke PBM) dilihat sebagai tanggungjawab beliau terhadap ahli akar umbi di mana mereka ini adalah bekas ahli dan pimpinan pelbagai peringkat yang bersama beliau sejak dari Parti Keadilan Rakyat lagi, sebelum berlaku krisis dalaman parti itu.

“Kebanyakan ahli PBM majoritinya merupakan bekas ahli PKR, yang mengenali Zuraida dan sentiasa menyokong sebarang tindakannya,” tambah Ab Aziz lagi.

Terdahulu, Zuraida mengumumkan keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ahli Parlimen Ampang itu turut mengumumkan keputusannya meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).-AA

Parti Bangsa Malaysia Kelantan Sambut Baik Tindakan Zuraida

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker