Khidmat Naib Canselor UUM dipendekkan kerana aduan oleh penyarah dan lembaga pengarah

PETALING JAYA: Tempoh perkhidmatan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman Abdullah dipendekkan selepas Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerima aduan terhadapnya.

Menteri Pendidikan Tinggi, Mohamed Khaled Nordin, berkata siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima aduan terhadap naib canselor kesembilan itu daripada pensyarah dan lembaga pengarah UUM tahun lalu.

“Secara asasnya, perkara itu bukan dibuat secara suka-suka, tetapi tidak perlulah saya nyatakan apa sebab dan puncanya.

“Pertukaran itu hanya menyingkatkan tanggungjawabnya dan beliau tetap menjadi profesor di fakultinya, bukan bermakna dia dibuang,” katanya menurut Harian Metro.

KPT dalam kenyataan pada 20 Dis 2022 memaklumkan tempoh perkhidmatan Haim Hilman sebagai naib canselor UUM dipendekkan berkuat kuasa 18 Jan lalu.

Haim Hilman, 49, dilantik ke jawatan itu pada 17 Jan 2022.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker