Ramai orang luar berminat berpoligami di Kelantan

Ramai orang luar berminat berpoligami di Kelantan

KOTA BHARU: Ramai individu dari luar Kelantan menyatakan minat untuk berpoligami di negeri ini susulan undang-undang poligami di Kelantan dikatakan paling mudah berbanding negeri lain.

Pegawai Agama Jajahan Bachok, Suratemi Mat Yusoff, berkata pada masa sama penduduk di Kelantan juga ramai yang tampil bertanyakan perkara itu.

“Susulan penerangan saya berhubung undang-undang poligami di Kelantan paling mudah Rabu lalu, saya terima banyak panggilan terutama dari lelaki luar Kelantan.

“Ramai yang bertanyakan kaedah bagaimana mereka mahu berpoligami di Kelantan. Bagaimanapun kebanyakan mereka tidak mendapat izin daripada bakal wali pengantin perempuan.

“Namun di sini saya tegaskan, walaupun undang-undang berpoligami di Kelantan paling mudah, namun bagi penduduk di luar Kelantan, mereka tidak boleh datang untuk akad nikah sewenang-wenangnya sebaliknya perlu mendapat surat kebenaran mahkamah di negeri masing-masing bahawasanya mereka layak berpoligami.

“Dengan adanya surat berkenaan barulah mereka boleh datang ke Kelantan untuk proses akad nikah kerana mahkamah di Kelantan tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran kepada penduduk luar Kelantan berpoligami,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut menegaskan, rukun nikah termasuk bakal wali wajib ada bagi memastikan setiap pernikahan itu sah di sisi Islam.

“Jangan anggap kita kata mudah, wali pun mereka kata tidak perlu. Itu tidak benar kerana syarat rukun nikah tidak boleh dipandang ringan.

“Pada masa sama, untuk penduduk Kelantan yang banyak menghubungi saya seolah-olah berminat untuk berpoligami, kebanyakan mereka tidak mahu perkahwinan itu diketahui isteri pertama.

“Bagaimanapun keputusan sama ada isteri pertama akan dipanggil atau tidak, ia adalah budi bicara mahkamah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, undang-undang untuk berpoligami di Kelantan dikatakan paling mudah dibandingkan dengan negeri lain.

Justeru, bagi mereka yang mahu berpoligami tidak perlu pergi sehingga ke Thailand memandangkan ia boleh dilakukan di Kelantan dengan kos yang jauh lebih murah.

Mereka yang mahu berpoligami hanya perlu membuat permohonan di Mahkamah Tinggi sebelum mahkamah mempertimbangkan empat perkara.

Pertama jika perkahwinan dicadangkan itu ‘patut’ atau ‘perlu’. Salah satu perlu ada dan perkara ini berbeza dengan negeri lain kerana perlu kedua-duanya sekali iaitu ‘patut’ dan ‘perlu’.

Perkara kedua mampu ke tidak seseorang lelaki itu menyara isteri dan anak-anak.

Perkara ketiga sama ada lelaki itu mampu berlaku adil atau sebaliknya.

Perkara keempat pula perkahwinan kedua itu tidak mendatangkan kemudaratan yang menyentuh nyawa seperti isteri pertama terjun jambatan sebab mahu bunuh diri disebabkan suami berkahwin lain. BH

Ramai orang luar berminat berpoligami di Kelantan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker