Pencipta komik ‘Lagak A. Mahmud’ meninggal dunia
Pencipta komik ‘Lagak A. Mahmud’ meninggal dunia
Pelukis dan pencipta komik A. Mahmud dan Lagak A. Mahmud, Abdul Fatah Ngah dilaporkan meninggal dunia.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh rakan allahyarham yang juga kartunis, Imuda.
“Telah perginya seorang kartunis seangkatan dangan aku Fattah, al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin,” kata Imuda ringkas di media sosial.
Fatah pernah menjadi ilustrator komik Medan Pelajar dan Bambino dengan penerbitan majalah Gila-Gila.
Beliau mula berkarya sejak tahun 1978. Fatah aktif menyetai pameran kartun sejak tahun 1980.
Beliau adalah kartunis generasi pertama yang merangsang dan menunjang kebangkitan kartun pada akhir 70-an bersama kelahiran majalah Gila-Gila.
Fatah pernah mengukir kejayaan dengan memenangi Anugerah Kartunis Malaysia 2015 yang telah disampaikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Putrajaya.
Fatah sebelum ini dlaporkan menghidap penyakit saraf sejak 40 tahun lalu. MG
Pencipta komik ‘Lagak A. Mahmud’ meninggal dunia
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin kata tiada duit bayar gaji staf Bersatu, itulah yang UMNO rasa selama ini
- Shuib di salahkan kerana berat badan Watie naik 10kg
- ‘Sedekah pilihan raya’: SPRM sedang kenal pasti 90 individu
- Asyik ‘overtime,’ kena maki punca pekerja tikam mati bos
- Saya tak digantung Umno – Ismail
- Rashidi Ishak kembali berkahwin
- Bella dedah mesej Sophia
- Apa sudah jadi dengan imej ‘bersih’ PN?
- Johari Abdul lantik anak, satu lagi dakwaan nepotisme
- Siapa 5 calon berpotensi sebagai Ketua Pemuda UMNO
- Mahathir, Muhyiddin diarah fail pembelaan kes saman projek HSR
- Isham pindah ke UMNO Bahagian Putrajaya
- ‘Drama’ Aliff, Sophia sebelum tayang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)
Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]