Mantan Ketua Polis Negara kata tiada undang-undang larang rakam serbuan polis

PETALING JAYA: Tiada peruntukan undang-undang melarang orang awam merakam serbuan dilakukan pihak berkuasa termasuk polis, kata bekas ketua polis negara Musa Hassan.

Musa berkata, polis sepatutnya segera mengeluarkan kenyataan menjelaskan serbuan dan sebab tangkapan dibuat termasuk terhadap perakam bagi mengelak berita sisi negatif membabitkan pasukan keselamatan itu.

“Tiada undang-undang melarang orang awam mengambil video pihak berkuasa menjalankan tugas. Bila tak ada undang-undang (melarang), buat apa nak tangkap,” katanya kepada FMT.

“Kebebasan asasi manusia mengikut Perkara 5 Perlembagaan tidak boleh kita sekat kerana (perlembagaan) memberikan kebebasan kepada mereka melainkan ada undang-undang menyekatnya.”

Beliau berkata, salah satu cara adalah pihak berkuasa perlu pantas mengeluarkan kenyataan mengenai serbuan dan memberi sebab mengapa rakaman tidak dibenarkan ketika itu bagi mengelak sebarang tohmahan jika ia menjadi tular.

Musa mengulas kenyataan wakil rakyat DAP yang menggesa Peguam Negara Idrus Harun menjelaskan rasional operasi pihak berkuasa termasuk polis dijalankan secara terang-terangan tetapi tidak boleh dirakam orang awam.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng membangkitkan perkara itu selepas polis didakwa menahan tiga pengunjung pertunjukan muzik dalam serbuan di sebuah kafe dan pusat hiburan di Georgetown, Pulau Pinang kerana merakam pihak berkuasa menjalankan tugas, isu yang menjadi tular di media sosial Ahad lepas,

Dalam perkembangan sama, Musa mencadangkan pihak berkuasa sendiri membuat rakaman ketika serbuan termasuk memakai kamera badan bagi mengelak tuduhan tidak berasas terhadap mereka.

“Sepatutnya pihak berkuasa termasuk polis menggunakan kamera badan semasa serbuan, itu patut dibuat, ambil video semasa bertugas. Sebab itu dulu saya pernah cadang pada kerajaan pasang kamera badan termasuk petugas kereta peronda,” katanya.

Mengulas isu kamera badan bagi anggota polis yang masih tidak dilaksanakan dengan baik, Musa berkata, perkara itu sudah lama dibincangkan sejak beliau menjadi ketua polis negara, namun tidak menjadi kenyataan atas alasan kerajaan kekurangan dana.

Katanya, kerajaan tidak boleh menangguhkan lagi penggunaan kamera badan bagi pasukan keselamatan seperti polis kerana langkah itu dapat menyelesaikan banyak isu berbangkit ketika operasi dijalankan.

“Kekangan utama adalah kerajaan tiada sumber, peruntukan tidak cukup untuk membeli kamera. Kalau untuk semua anggota tak boleh, beli sedikit dulu dan gunakan sepanjang serbuan dijalankan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker