Suami ajak buat hubungan seks guna panggilan video buat isteri tertekan

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa tertekan apabila sering diminta untuk melakukan hubungan seks oleh suaminya meskipun dalam keadaan yang penat.

Lebih sensara, apabila si suami langsung tidak mempedulikan keadaan sekeliling malah turut memaksa wanita itu melayan nafsunya ketika waktu bekerja menerusi panggilan video.

Tangkap layar luahan si isteri menerusi kiriman mesej di WhatsApp kepada seseorang

“Saya dah berkahwin setahun lebih dan kami berkenalan hampir lapan tahun. Suami selalu pesan kalau ada masalah jangan cerita dekat orang termasuk keluarga.

“Tetapi, sekarang saya perlu meminta pendapat orang lain,” luahnya menerusi kiriman mesej di WhatsApp kepada seseorang.

Menurut ibu kepada seorang anak itu, dia mempersoalkan adakah normal jika pasangan itu melakukan hubungan intim secara dalam talian.

“Kadang-kadang dekat tempat kerja, dia tiba-tiba ghairah dan dia akan minta buat video call (panggilan video) untuk layan dia. Jadi saya terpaksa curi-curi pergi tandas dan layankan kemahuan suami.

“Saya pernah cakap pada suami benda ini, tapi lelaki kan. Dia kata dia kena lepaskan juga kalau tidak tak boleh nak kerja.

“Saya nak tanya, normalkah benda ini?,” soalnya kepada individu tersebut.

Luahan wanita tersebut turut dikongsikan di media sosial, sehingga ramai yang mengecam tindakan si suami kerana tidak tahu menghormati isterinya selain mengganggu wanita itu ketika bekerja.

“Sememangnya tidak normal. Lelaki tersebut tidak tahu hormati isterinya. Nafsu ini boleh dikawal, melainkan dia sendiri sering menonton atau membaca sesuatu yang menjurus kepada kerangsangan dan keghairahan seorang lelaki,” ciap seorang pengguna bagi menjawab pertanyaan wanita tersebut.

Sementara itu, Azrul Yamin meminta wanita itu membawa suaminya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

“Jangan fikir bukan-bukan dahulu, mungkin suami awak ada masalah atau penyakit, dapatkan khidmat dan nasihat doktor, takut makin teruk nanti,” pesannya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker