Helmet Shoei ‘jack kuning’ terjual pada harga RM86,000

Gambar yang dikongsi di laman Facebook Apit Ducados.

PETALING JAYA – Bagi peminat sukan pemotoran, mereka akan terbiasa dengan harga puluhan ribu bagi sebiji topi keledar (helmet) ditawarkan oleh penjual.

Ini kerana bagi mereka, setiap helmet berharga ‘rare’ itu semenangnya sukar diperolehi dan stoknya adalah terhad serta sukar didapati walaupun di pasaran negara pengeluarnya iaitu Jepun.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, Apit Ducados, dia berjaya menjual sebiji helmet jenama Shoei JForce2 atau ‘jack kuning’ pada harga RM86,000.

“Alhamdullillah rezeki malam ni, terjual Shoei Jforce2 jack kuning, terima kasih mackin & matpett … mai tengok belek-belek terus sold (terjual) RM86, 000.

Jelas beliau, topi keledar tersebut baharu sahaja sampai di Malaysia semalam selepas dia membeli dengan seorang penjual dari Jepun.

“Nasib tak kena scam dengan orang Jepun, Alhamdulillah selamat mendarat di bumi malaya King Of Shoei helmet ..Shoei Jforce2 jack kuning .. salam 100k,”katanya.

Kosmo! difahamkan topi keledar jenis Shoei Jack adalah model khas dikeluarkan pada 2004/2005 yang terdiri dari warna merah, kuning, putih, kelabu, biru, perak dan hitam.

Keluaran merah, kuning dan putih adalah amat terhad dalam kalangan edisinya selain tiada pengeluaran lagi ketika ini.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen kagum dengan pembeli helmet tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu rezeki kepada penjual

“Kalau dah helmet pun harga RM86,000, cer tunjuk skit moto si pembeli tu harga berapa pula,” tulis Nur Cahaya.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Adam Runner Jb-Sg.

“Harga market (pasaran) mat-mat motor dan peminat helmet je ni,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker