Resepi Tauhu Berlauk Sempoi


Resepi Tauhu Berlauk Sempoi

Pernah merasa Tauhu Berlauk? Resepi ini viral tahun lepas tapi kalau nak buat untuk berniaga pun tiada masalah. Memang ringkas dan mudah!

Zaman sekarang ramai yang terhimpit dengan tekanan ekonomi yang semakin parah. Tidak hairanlah kalau ada yang terpaksa mencari peluang untuk tambah pendapatan.

Sedia maklum semenjak beberapa tahun ini pelbagai menu resepi viral bukan sahaja menjadi fenomena kepada ibu-ibu malahan juga peluang ini disambut baik oleh mereka yang pandai memasak sebagai peluang untuk menjana pendapatan.



Sesuai dah nak cuti sekolah ketika ini, menu ini antara yang cepat disiapkan dan tak renyah. Kalau buat lebih, boleh disejukbekukan. Bila nak makan, terus goreng je kan.

Menerusi laman Facebook, seorang wanita bernama Lynn Koo telah berkongsi resipi tauhu berlauk frozen buat suri rumah yang ingin mencari pendapatan lebih.

Nampak menyelerakan dan sedap! Apa kata korang cuba sendiri, confirm ramai suka! Walaupun bahan-bahan yang digunakan nampak banyak namun kebanyakkan bahan itu mudah di dapati dari kedai-kedai biasa.

RESEPI TAUHU BERLAUK



Bahan kisar:

Tauhu biasa (4keping)
Tauhu telur/egg tofu (2 batang)
Telur (2 biji)
Sedikit air

Bahan A:

Daging kisar/isi ayam kisar (goreng tanpa minyak)
Bawang merah (hiris)
Carrot (hiris)
Daun bawang (hiris)
Daun sup (hiris)
Cili besar merah (hiris)
Lada putih (kisar)
Garlic powder



Bahan perasa

Gula (sedikit sahaja)

Bahan celup:

Telur (pecahkan)



Cara-caranya:

1. Campurkan kesemua bahan A bersama bahan kisar dan gaul rata.
2. Masukkan bahan yang telah digaul ke dalam bekas tuppeware kecil-kecil (tengok contoh pada gambar)
3. Boleh isi penuh-penuh sebab dah kukus nanti dia akan menurun?
4. Dah siap boleh kukus selama 20 minit.
5. Angkat dari kukusan dan tunggu sejuk kemudian keluarkan dari bekas.
6. Boleh frozen kan atau terus goreng.
7. Celup dengan telur kemudian goreng sehingga garing bertukar warna.

RESEPI SAMBAL KICAP PADU

Cili padi
Bawang putih seulas (bakar sehingga hitam)
Gula
Kicap manis (Tumbuk)



Dah siap.

Resepi Tauhu Berlauk Sempoi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker