Pakai dua pelitup muka, Noor Hisham ‘Misleading’?

Pakai dua pelitup muka, Noor Hisham ‘Misleading’?

Pakai dua pelitup muka, Noor Hisham 'Misleading'?
Perkara penting yang perlu diberi perhatian merupakan pemakaian pelitup muka yang betul – Foto BERNAMA
Baru-baru ini tular gambar Tan Sri Dr Noor Hisham memakai 2 helai pelitup muka (double face mask) ditambah dengan pelindung muka (face shield).
Maka, orang ramai mula ‘share’ kononnya perlunya memakai 2 lapis pelitup muka supaya dapat memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap jangkitan COVID-19.
Namun, perkara ini adalah salah & mengelirukan (misleading).
Mengikut kajian Pusat Pengendalian & Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), perkara yang ditekankan ialah cara pemakaian pelitup muka yang betul, selesa & melitupi dengan kemas pada hidung, mulut & dagu muka (fits snugly to face – fits over nose, mouth & chin).
Perkara ini boleh dilakukan melalui beberapa kaedah.

Langkah 1: Memperbaiki cara pemakaian pelitup muka dengan :

  • memilih pelitup muka yang mempunyai jalur logam di bahagian hidung (mask with nose wire)
  • pakai pendakap atau pelengkap pelitup muka (mask brace / fitter)

Najib: Kerajaan PN masih belum tersedar

Langkah 2 : Tambah lapisan material pelitup muka

  • pakai pelitup muka jenis fabrik di atas pelitup muka 3 lapisan jenis pakai buang
Langkah 3: Ikat gelung getah telinga (ear loop) dan kemaskan bahagian tepi pelitup muka
Mengikut kajian berkenaan, ujikaji di dalam makmal membuktikan bahawa pemakaian pelitup muka jenis perubatan dengan kaedah sedemikian mampu mengurangkan risiko terhadap aerosol yang berpotensi menularkan COVID-19 sebanyak 95%.

Pun begitu, CDC turut mengingatkan supaya :

  1. Tidak menggabungkan 2 jenis pelitup muka pakai buang
  2. Jangan gabungkan pelitup muka jenis N95 / KN95 dengan apa-apa pelitup muka yang lain

Bagi memastikan pelitup muka yang dipakai benar-benar dapat memberikan perlindungan yang dikehendaki dari bahaya COVID-19, anda harus memilih jenis pelitup muka yang tepat dan bersesuaian, selain memakainya mengikut tatacara yang betul.

Ini merupakan penerangan oleh CDC

Ini merupakan penerangan oleh CDC

* Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn. Bhd.

** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis

[VIDEO] Al-Aqsa Kembali Bergolak

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker