Guru ditemukan lemas ketika jala ikan

Guru ditemukan lemas ketika jala ikan

Jitra: Lelaki yang terjatuh ke dalam sungai di Kampung Batu 7, Jalan Sanglang di sini, semalam, sempat menjerit meminta tolong dalam keadaan terkapai-kapai sebelum tenggelam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Khairul Azuar Mohd Saud, 41, yang juga seorang guru itu dipercayai pergi ke sungai berkenaan bersama rakannya untuk menjala ikan.

Ketika kejadian, rakan cuba membantu mencari mangsa tapi gagal disebabkan air keruh serta kedalaman sungai itu melebihi dua meter.

Berikutan itu, rakannya itu meminta bantuan orang awam untuk membantu mencari mangsa sebelum mayatnya ditemukan dengan bantuan bomba.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada MERS 999 pada 5 petang semalam berhubung kejadian lemas di sungai berkenaan.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati mangsa sudah dibawa naik oleh bomba.

Katanya, hasil pemeriksaan pada badan mangsa mendapati tiada tanda atau unsur jenayah.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jitra untuk bedah siasat. Hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia dipercayai akibat lemas.

“Mangsa berasal dari Kampung Padang Behor, Kangar di Perlis dan jenazah sudah diserahkan kepada keluarga untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan, mangsa tidak pandai berenang. HM

Guru ditemukan lemas ketika jala ikan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ

Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen

Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker