‘Bukan kacang lupakan kulit’, Umno ikrar bersama Najib hadapi kes mahkamah

‘Bukan kacang lupakan kulit’, Umno ikrar bersama Najib hadapi kes mahkamah

Umno berikrar akan terus bersama perjuangan Najib Razak di sebalik keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang menolak permohonan bekas perdana menteri itu mengemukakan keterangan baharu dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Presiden Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan mahkamah tidak menghalang Umno untuk terus bersama perjuangan Najib di dalam parti dan kes yang sedang dibicarakan.

Beliau berkata, parti tidak akan bersikap “kacang lupakan kulit” dengan melupakan jasa Najib antaranya menjawab serangan pembangkang di media sosial dan kegigihannya membantu kempen Barisan Nasional pada pilihan raya negeri Sabah, Melaka dan Johor.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan beliau untuk mengemukakan keterangan baharu dalam rayuan terakhirnya adalah keputusan mahkamah dan kita menghormati dan tidak mahu dikatakan menghina mahkamah,” katanya di Facebook.

Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib memasukkan bukti tambahan membabitkan hakim Nazlan Ghazali menerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Nazlan adalah hakim Mahkamah Tinggi (kini hakim Mahkamah Rayuan) yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta denda RM210 juta pada 28 Julai 2020. FMT

‘Bukan kacang lupakan kulit’, Umno ikrar bersama Najib hadapi kes mahkamah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung

Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker