Dasar subsidi bantu bendung inflasi, tangani kos sara hidup – Tengku Zafrul

Dasar subsidi bantu bendung inflasi, tangani kos sara hidup – Tengku Zafrul

Kerajaan sentiasa meningkatkan bantuan dan subsidi kepada rakyat untuk membantu menangani cabaran kos sara hidup, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Beliau berkata, tanpa subsidi kerajaan, kadar inflasi Malaysia bagi Mei 2022 boleh mencecah sehingga 11.4%.

“Namun, dasar subsidi telah membantu membendung inflasi di Malaysia pada tahap 2.8%.

“Kerajaan akan terus melaksanakan pemberian subsidi dan bantuan tunai bagi melindungi rakyat daripada beban kenaikan kos sara hidup,” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-101 yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata, unjuran perbelanjaan subsidi bagi tahun ini kini mencecah RM77.7 bilion selepas mengambil kira peruntukan tambahan subsidi ayam dan telur sebanyak RM370 juta bagi Julai dan Ogos.

Katanya, bagi tempoh lima bulan (Februari hingga Jun), kerajaan telah menyediakan peruntukan kira-kira RM730 juta bagi menampung subsidi harga kedua-dua barangan makanan itu.

“Subsidi ayam juga membolehkan harga ayam di Malaysia kekal sebagai antara yang terendah di rantau Asean,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan turut menyediakan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta yang telah dibayar kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula 27 Jun lalu.

Sementara itu, katanya, seramai 25,965 peserta telah berjaya ditempatkan melalui program Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi tahun ini, setakat 17 Jun 2022.

Secara keseluruhannya, beliau berkata, kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM20.871 bilion kepada 357,827 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) bagi mengekalkan penggajian 2.957 juta pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

Setakat 17 Jun 2022, seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat PSU 1.0 dan permohonan subsidi upah yang diluluskan telah mencapai nilai RM12.958 bilion.

Bagi PSU 2.0, sebanyak RM1.408 bilion telah disalurkan kepada 81,158 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 718,847 pekerja dan RM3.763 bilion telah disalurkan kepada 162,306 majikan untuk mengekalkan penggajian bagi 1.53 juta pekerja bagi PSU 3.0.

“Di bawah Pakej Pemulih, kerajaan telah melaksanakan PSU 4.0 dan sebanyak RM2.557 bilion telah disalurkan kepada 163,471 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 1.92 juta pekerja.

“Setakat 17 Jun 2022, sebanyak RM185.095 juta telah disalurkan kepada 7,495 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 106,404 pekerja di bawah PSU 5.0,” katanya.

Mengenai penarafan S&P Global Ratings yang menyemak semula prospek penarafan kredit berdaulat jangka panjang Malaysia kepada ‘stabil’ daripada ‘negatif’, Tengku Zafrul berkata, prospek stabil itu mencerminkan jangkaan bahawa momentum pertumbuhan Malaysia yang stabil dan kedudukan luaran yang kukuh akan kekal dalam tempoh dua tahun akan datang. FMT

Dasar subsidi bantu bendung inflasi, tangani kos sara hidup – Tengku Zafrul


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker