UMNO isytihar tempoh bertenang bagi tangani kemelut politik Sabah

UMNO isytihar tempoh bertenang bagi tangani kemelut politik Sabah

KOTA KINABALU: UMNO hari ini mengisytiharkan tempoh bertenang berhubung kemelut politik yang melanda Sabah bagi membolehkan satu penyelesaian dapat dicapai bagi menamatkan kebuntuan yang dihadapi ketika ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun tidak menjelaskan berapa lama tempoh bertenang itu, selain menyatakan perkara itu sebagai sesuatu yang subjektif.



Beliau turut memohon sepanjang tempoh bertenang, tiada lagi spekulasi atau kenyataan bercanggah dibuat sama ada di pihak UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Sebentar tadi, kami mengadakan mesyuarat khas perhubungan UMNO Sabah dan perbincangan diadakan dengan cukup terbuka berhubung kedinamikan politik Sabah.

“Kita mengambil tempoh bertenang dalam menangani polemik atau kemelut di Sabah dari segi politik kerana kami berpandangan tiada perkara atau isu yang tidak boleh diselesaikan.

“Sepanjang tempoh bertenang ini, saya mohon tiada spekulasi atau kenyataan bercanggah sama ada pihak kami atau pihak sebelah sana, keikhlasan dan kejujuran sesama kita menjadi garis utama,” katanya pada sidang media di sini, petang ini.



Turut hadir, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan timbalannya, Datuk Yakub Khan.

Kemelut politik Sabah tercetus awal bulan ini berikutan cubaan UMNO Sabah dan Parti Warisan (WARISAN) menukar kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Situasi bertambah buruk apabila UMNO Sabah mengambil keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memberi restu kepada Hajiji sebagai Ketua Menteri selepas menemui semua pemimpin Sabah yang terbabit dalam kemelut berkenaan.



Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO boleh duduk berbincang secara tertutup untuk mencari penyelesaian dalam apa situasi sekalipun.

Katanya, banyak pendekatan dan kaedah boleh diambil dan disusun atur bagi mencari penyelesaian terhadap kemelut politik di Sabah yang berlaku sejak awal bulan ini.

“Banyak pendekatan boleh kita ambil dan juga kaedah kita susun atur, namun kita faham penyelesaian ini perlu persefahaman UMNO dengan rakan politik lain.

“Dalam hal ini kita beri keutamaan kepada agenda rakyat Sabah dan beri pencerahan terhadap kekeliruan yang berlaku.



“Saya yakin keberadaan saya ini adalah satu isyarat bahawa kepemimpinan parti di Pusat tidak pernah mengambil ringan terhadap perkara yang berlaku di Sabah.

“Saya mengambil inisiatif sendiri menangani perkara ini,” katanya. BH

UMNO isytihar tempoh bertenang bagi tangani kemelut politik Sabah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri



Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker