‘Mujur anak-anak tahfiz tolong, saya mungkin mati ditendang dan disepak’
‘Mujur anak-anak tahfiz tolong, saya mungkin mati ditendang dan disepak’
Kota Bharu: “Nasib baik ada yang datang membantu, jika tidak saya sendiri mungkin sudah mati kerana ditendang dan disepak bertubi-tubi oleh lelaki itu,” kata Wan Fadhilah Wan Abdullah.
Wan Fadhilah, 57, adalah mangsa amukan lelaki yang mempunyai masalah mental berusia 20-an yang maut selepas disyaki dipukul dalam kejadian di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di sini, jam 7 malam tadi.
Katanya, dia yang menunggang motosikal untuk pulang selepas selesai memasak di kantin sebuah tahfiz berdekatan, terkejut apabila didatangi lelaki terbabit yang kemudian menendangnya sehingga jatuh dari motosikal.
“Badan dan kepala saya kemudian disepak bertubi-tubi sebelum saya diselamatkan oleh anak-anak tahfiz yang berada di lokasi kejadian. Saya hanya terbaring lemah.
“Pada awalnya, saya ingatkan dia adalah salah seorang pelajar tahfiz yang sedang berlatih silat kerana dia dilihat melakukan beberapa pergerakan seolah-olah seni mempertahankan diri.
“Semasa saya bersiap sedia menaiki motosikal, ada anak tahfiz yang menjerit supaya saya menjauhkan diri kerana terdapat orang kurang siuman namun belum sempat saya beredar, saya sudah diserang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Wan Fadhilah yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat sebagai tukang masak di tahfiz itu berkata, dia mengalami sakit seluruh badan selain terdapat beberapa kesan lebam, namun bersyukur tidak mengalami tulang patah.
“Sepanjang saya bekerja di sana, tidak pernah berlaku kejadian sebegini, yang ada hanya orang kurang siuman yang tidak membahayakan orang awam. Tidak sangka, kali ini ia membabitkan saya sebagai mangsa.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan berterima kasih kepada anak-anak tahfiz yang membantu saya malam tadi. Jika mereka tidak membantu, mungkin kecederaan saya juga lebih teruk.
“Tambahan pula, saya baru tiga hari keluar daripada hospital selepas dimasukkan ke wad akibat darah tinggi,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki yang mempunyai masalah mental maut dipercayai dipukul di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, lelaki berusia 20-an itu dikatakan mengamuk di masjid berkenaan sebelum menendang wanita berusia 50-an yang melalui perkarangan masjid itu. HM
‘Mujur anak-anak tahfiz tolong, saya mungkin mati ditendang dan disepak’
Baca Artikel Menarik:
- Khairy mahu jadi PM walau kini tanpa parti
- Zahidi masuk PKR, dakwa ramai pemimpin lain akan ikut
- Biar polis siasat – Fyna
- Umno mampu lahirkan lebih ramai Khairy, Shahril Hamdan
- Pelantikan saya bukan untuk kuatkan kelompok tertentu – Khaled
- UMNO terpaksa telan sejarah pahit demi bersihkan parti
- Tak pasal cari pasal
- Jika tidak digantung, Shahril Hamdan sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO
- Anak Najib umum tanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO
- Anwar lantik anak jadi penasihat kanak kewangan dan ekonomi
- Tutur dialog lucah, Maszlee mohon maaf
- Apakah perkataan khianat tiada dalam kamus Hishammuddin , tanya Puad
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri
Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]