Warga Kelantan sewa bas pergi pawagam

Warga Kelantan sewa bas pergi pawagam

Penerbit filem Duan Nago Bogho, Arisz Ab Rahman memuji kesungguhan sebahagian warga Kelantan yang sanggup menyewa bas untuk pergi beramai-ramai menonton filem bergenre aksi itu.

Arisz berkata, rata-rata penggemar filem mencari alternatif lain bagi menyokong karya yang mengangkat budaya dan sejarah negeri kelahiran disebabkan Kelantan masih belum mempunyai panggung wayang,

“Terima kasih penonton dari Kelantan. Ini kerana saya difahamkan ada yang menyewa bas untuk pergi beramai-ramai ke Kuala Terengganu dan Kuantan, Pahang bagi menonton filem ini.

“Sehingga hari ini, Kelantan masih tidak mempunyai panggung wayang. Jadi, saya cukup terharu dengan sokongan ini,” katanya.

Dalam masa sama, Arisz menegaskan situasi berkenaan memberi isyarat Kelantan sudah memerlukan panggung wayang.

Malah, katanya setiap penggiat filem bersedia mematuhi segala syarat ditetapkan kerajaan negeri.

“Bagi saya, tidak ada masalah untuk kerajaan negeri membenarkan pengoperasian panggung wayang di Kelantan. Ini kerana penggiat filem sentiasa mematuhi apa sahaja syarat ditetapkan.

“Kami akan ikut apa sahaja syarat daripada kerajaan negeri asalkan panggung wayang dibenarkan beroperasi di Kelantan,” katanya.

Arisz berpendapat tidak ada masalah untuk kerajaan negeri membenarkan pengoperasian panggung wayang di Kelantan kerana penggiat filem sentiasa mematuhi syarat ditetapkan.
Arisz berpendapat tidak ada masalah untuk kerajaan negeri membenarkan pengoperasian panggung wayang di Kelantan kerana penggiat filem sentiasa mematuhi syarat ditetapkan.
Sebagai persediaan membina panggung wayang di Kelantan, Arisz berkata, pihaknya sudah menjalankan simulasi bagi memastikan perjalanan semasa tayangan filem berjalan lancar.

“Kami juga sudah buat satu simulasi panggung wayang di Kelantan selama dua malam di panggung Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan.

“Apa yang menarik, kehadiran penonton penuh pada kedua-dua malam, selain Exco Kebudayaan Kelantan turut hadir.

“Model panggung wayang yang diketengahkan di Kelantan dengan membuat tiga pembahagian iaitu untuk lelaki, wanita dan keluarga.

“Selain itu, kami turut menyediakan ruangan untuk solat dan membuat tayangan pada waktu yang sesuai iaitu di luar waktu solat. Jadi, tidak ada masalah untuk mewujudkan panggung wayang di Kelantan,” katanya.

Semalam, filem bergenre aksi dengan menyelitkan elemen tradisional Melayu itu berjaya meraih kutipan RM1 juta dalam tempoh seminggu tayangan.

Duan Nago Bogho menampilkan Asrul Faizal selaku teraju utama, selain Datuk Rosyam Nor, Jojo Goh, Sangeeta Krishnasamy, Angeline Tan, Husairi Husain, Jason Chong, Issey Fazlisham, Saidi Sabri dan ramai lagi.

Filem berkisarkan Duan (Asrul) yang juga pemegang watak Mak Yong dengan dua personaliti berbeza. Duan mencintai seni tradisional, namun dalam masa yang sama, suka bergaduh.

Kisahnya bermula apabila Duan bergaduh dengan penonton Mak Yong yang mengganggu ketika sedang membuat persembahan sehinggalah bapa memintanya meninggalkan kampung dan mencari kerja lain.

Filem pertama terbitan Kalamarif Holdings itu menelan kos perbelanjaan sebanyak RM2 juta dan menemui penonton di pawagam sejak 19 Januari lalu. BH

Warga Kelantan sewa bas pergi pawagam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker