Musa ragui keyakinan Rafizi kerajaan kini stabil

Musa ragui keyakinan Rafizi kerajaan kini stabil

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menempelak Rafizi Ramli ekoran keyakinan Menteri Ekonomi itu yang Kerajaan Perpaduan cukup stabil untuk menjamin pemulihan ekonomi dalam masa dua hingga tiga tahun.

Beliau secara terbuka meragui jaminan Ahli Parlimen Pandan itu itu berdasarkan pengalamannya yang luas dalam dunia politik di negara ini.

“Jaminan yang sangat melegakan oleh Rafizi, yang berkata bahawa situasi politik adalah stabil… tidaklah, tidak begitu.

“Ada kumpulan yang bersama anda dan ada yang masih belum bersama anda. Ada individu-individu yang menjanjikan satu perkara atau sebaliknya.

“Dalam sejarah politik Malaysia, saya boleh beritahu anda, kita tidak pernah pasti apa yang akan berlaku seterusnya,” katanya.

Musa berkata demikian ketika menjadi ahli panel pada forum bertajuk Resetting The Malaysian Economy anjuran Parlimen Malaysia semalam.

Dua lagi ahli panel ialah Rafizi dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Sebelum itu, ketika membicarakan cabaran yang dihadapi kementeriannya untuk memulihkan ekonomi, Rafizi berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini merupakan ‘yang paling stabil setakat ini’ dan mampu melakukan perubahan.

Musa menambah, beliau memahami usaha memulihkan negara bukan sesuatu yang mudah dan akan mengambil masa.

“Tetapi, saya boleh beri jaminan kepada anda bahawa paling lama pun, rakyat akan memberi masa antara tiga hingga enam bulan. Selepas itu, mereka tidak akan bersikap sopan dengan anda,” jelasnya.

Beliau juga memahami agak sukar bagi seorang pemimpin yang dahulunya berada di blok pembangkang untuk menyesuaikan diri setelah menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Sehubungan itu, Musa menasihatkan Rafizi dan Kerajaan Perpaduan menumpukan terhadap reformasi politik dan kerajaan terlebih dahulu supaya proses pemulihan ekonomi dan sosial dapat dilakukan dengan lebih lancar. MG

Musa ragui keyakinan Rafizi kerajaan kini stabil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker