Siapa Sekutu Kita Belum Tentukan Kerjasama Dengan Siapa Hadapi PRN – Tok Mat
Siapa Sekutu Kita Belum Tentukan Kerjasama Dengan Siapa Hadapi PRN – Tok Mat
Barisan Nasional (BN) belum membuat keputusan mengenai kerjasama politik dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri.
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata BN masih dalam peringkat menyusun dan melihat strategi yang terbaik bagi menghadapi pilihan raya itu nanti.
Saya belum dapat menjangkakan strategi yang bagaimana perlu dibuat dengan siapa kita mahu berganding bahu… itu belum cerita lagi mengenai pembahagian kerusi, banyak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri di sini hari ini.
Mohamad yang merupakan Pengarah Pilihan Raya BN berkata beliau tidak menolak kemungkinan kerjasama yang ada di peringkat kerajaan pusat termasuk bersama Pakatan Harapan (PH) diteruskan untuk menghadapi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah itu.
“Kemungkinan besar ada, apa pilihan yang kita (BN) ada, dalam keadaan begini, tidak banyak piihan, pilihan yang ada terhad, (BN) mesti melihat pilihan mana yang terbaik,” katanya.
Mohamad berkata BN juga telah membentuk jawatankuasa kecil bagi menjalankan post mortem susulan kekalahan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.
Katanya hasil post mortem itu termasuk jumlah undi yang diperoleh semasa PRU15 mengikut Pusat Daerah Mengundi (PDM) akan dijadikan rujukan untuk menghadapi PRN.
“Pertama mahu lihat post mortem, isu dan masalah dan baru lihat cara dan strategi bagaimana menghadapi PRN ini. Kita tidak boleh menidakkan apa yang telah berlaku kerana PRU15 merupakan, PRU terburuk dalam sejarah BN,” katanya..- BERNAMA
Siapa Sekutu Kita Belum Tentukan Kerjasama Dengan Siapa Hadapi PRN – Tok Mat
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
- Meerqeen, Anna macam suami isteri sebenar
- Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis
- Naib Presiden UMNO: Siapa bertahan, siapa mencabar?
- Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail
- Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan
- Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
- Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri
- Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan
- Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan
- Proton X90, sedan baharu Perodua tarikan utama 2023
- Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]