UMNO sah pecat KJ dan Noh, Hishammuddin, Shahril Hamdan digantung!

Mesyuarat majlis tertinggi Umno malam memecat bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ahli Majlis Tertingginya, Noh Omar, selain beberapa lagi pimpinannya digantung.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, berkata mereka dipecat kerana melanggar disiplin parti sewaktu Pilihan raya Umum Ke-15.

Beberapa lagi pimpinan parti itu digantung termasuk Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein dan penyandang Timbalan Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan Suffian.



Turut digantung ialah bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif dan bekas Adun Tiram, Maulizan Bujang.

Bagaimanapun sebab penggantungan mereka tidak dinyatakan.

Kenyataan rasmi itu juga tidak menyenaraikan nama exco pemuda Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang sebelum itu turut disebut sebagai digantung.

Selain Khairy dan Noh, seramai 42 ahli Umno turut dipecat daripada parti itu atas pelbagai kesalahan lain.



“Turut dipecat ialah lima orang ahli Umno bahagian Pasir Gudang, sembilan orang ahli Umno bahagian Putrajaya, dua orang ahli Umno bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli Umno dari negeri Pahang.

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU-15,” katanya.

Sementara itu, Ahmad juga memaklumkan bekas menteri besar Johor Hasni Mohammad digugurkan sebagai pengerusi Perhubungan Umno Johor.

Tempatnya digantikan oleh Naib Presiden Umno, Khaled Nordin.



Dalam satu reaksi segera, Khairy berkata dia tidak akan tunduk dengan keputusan yang dibuat parti itu.

“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang yang saya berikan kesetiaan. Unbowed, unbent, unbroken,” katanya.

Untuk rekod Khairy sebelum ini menyatakan hasrat untuk mencabar Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan nombor satu parti itu.

Dia juga sebelum ini mendakwa terdapat “perwakilan hantu” ketika Perhimpunan Agung Umno yang meluluskan usul menghalang jawatan presiden dan timbalan presiden parti dipertandingkan.



Khairy semalam berkata dia akan kekal setia kepada Umno dan menolak cadangan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker