Kenapa Najib Razak perlu diberi Pengampunan DiRaja?

Kerana DS Najib Razak di bicarakan secara tidak adil oleh Mahkamah & Hakim lantikan Mahahtir & Tommy Thomas

Kenapa Najib Razak perlu diberi Pengampunan DiRaja?

Oleh Norzahira

UMUM tahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dinafikan perbicaraan yang adil. Oleh itu, beliau berhak mendapat pengampunan DiRaja. Namun pihak yang merancang menganiaya Najib dengan perbicaraan yang tidak adil ini sedang merancang untuk menghalang beliau diberikan pengampunan DiRaja juga. Betapa busuknya hati-hati mereka.

Memetik hantaran di Facebook Sahabat Bossku

Kalau org soal kenapa DS Najib Razak perlu
di beri Pengampunan DiRaja.
Jawapannya : Kerana DS Najib Razak di bicarakan secara tidak adil oleh Mahkamah & Hakim lantikan Mahahtir & Tommy Thomas.

Najib Razak dibicara dengan tidak adil, Hakim yg mengadili kes adalah Hakim lantikan politik oleh Mahathir & Tommy Thomas dan bukan nya di cadangkan oleh JAC. Jawatan Peguam Negara Tommy Thomas pula di cadangkan oleh DAP Kit Siang.

Sangat penting bagi Najib untuk mendapatkan pengampunan dari DYMM Seri Paduka Baginda Agong ialah bila Hakim Besar Sabah & Sarawak Dato Abdul Rahman Sebli berkata Najib tdk mendapat perbicaraan yg adil dan patut di bebaskan. Najib adalah PM yg terlampau banyak berjasa kpd Rakyat dan Negara.


Baca Artikel Menarik:

Dalam penghakiman minoriti oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Rahman Sebli beliau berkata Najib tidak diwakili peguam ketika Mahkamah Persekutuan mendengar dan menolak rayuannya dalam kes rasuah SRC International.

“Keadilan bukan semata-mata menentukan seseorang itu bersalah atau tidak. Ia juga mengenai seseorang yang dituduh itu mendapat perbicaraan yang adil,” kata Rahman dalam penghakiman minoriti setebal 78 muka surat.

Rahman yang juga Hakim Besar Sabah dan Sarawak adalah salah seorang lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonan Najib untuk menyemak semula rayuannya dalam kes SRC.

Beliau tidak mendapati secara jelas yang mencadangkan pasukan pembelaan Najib, yang dilantik semula tiga minggu sebelum rayuan, cuba mendapatkan penangguhan sebagai sebahagian “plot” atau “strategi” untuk menangguhkan pendengaran.

Sebaliknya, “rayuan penuh perasaan” peguam bela baharu Hisyam Teh Poh Teik untuk pasukan itu diberi masa mencukupi untuk membuat persediaan dibuat dengan niat yang baik kerana tidak dibantah pendakwaan, kata hakim itu.


Baca Artikel Menarik:

Penentang pembebasan Najib datang dari kolam sama, pembuktian kes adalah Pendakwaan Politik.


Permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukumannya oleh Mahkamah Persekutuan mendapat keputusan 4-1 apabila Hakim Vernon Ong, Rhodzariah Bujang, Nordin Hassan dan Abu Bakar Jais menolak permohonan itu.

Katanya, Najib dinafikan perbicaraan adil apabila Hisyam menarik diri selepas panel hakim Mahkamah Rayuan memutuskan pendengaran mesti diteruskan.

“Sebab Hisyam menarik diri daripada mewakili perayu kerana beliau langsung tidak bersedia untuk berhujah, yang membabitkan kira-kira 30,000 dokumen,” kata Rahman.

Walaupun menarik diri, Hisyam diarahkan kekal di mahkamah sebagai peguam dalam rekod untuk Najib. “Dalam kata lain, beliau dipaksa bertindak sebagai peguam kepada pemohon,” kata Rahman.

Kata hakim itu lagi, Najib tidak boleh dikatakan diwakili peguam apabila peguam pilihannya tidak mahu mewakili beliau lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Langkah G15 Untuk Tumbangkan Kerajaan Gagal


“Diwakili secara paksa adalah tidak diwakili langsung, terutama di mana, dalam kes ini peguam enggan mengambil bahagian dalam pendengaran rayuan utama,” katanya.

Hakim itu juga membangkitkan isu mengenai bagaimana panel rayuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat mengendalikan prosiding.

Katanya, Kod Prosedur Jenayah menetapkan perayu (Najib) untuk berhujah dahulu bagi menyokong rayuannya, diikuti oleh wakilnya.

“Keperluan prosedur ini tidak diikuti oleh mahkamah,” kata Rahman. “Daripada mendengar hujahan (Najib) dahulu, sebaliknya mahkamah menjemput timbalan pendakwa raya untuk berhujah terlebih dahulu,” tambahnya.

Menjelaskan panel membuat “tindakan luar biasa” itu kerana Hisyem enggan mengambil bahagian dalam pendengaran, Rahman berkata:


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Saman Mahathir terhadap Anwar sekadar bidaan politik sahaja.


“Keengganan peguam untuk menyampaikan hujah sama seperti ketidakhadiran (Najib) atau peguam untuk menyokong rayuannya,” kata Rahman.

Beliau menggambarkan keputusan itu sebagai sukar dipercayai “kerana pemohon (Najib) dan peguamnya ada di mahkamah”.

Katanya, pendakwaan berhujah selama dua hari tetapi Najib langsung tidak didengari. “Tidak kira apa pun pandangan seseorang itu, akhirnya mahkamah hanya mendengar sebelah pihak” yang menurutnya satu pencabulan kepada asas undang-undang.

Kini rakyat Malaysia yang kenang jasa Najib Razak semasa menjadi PM, hanya menuntut keadilan untuk beliau yang dizalimi. Sesungguhnya tuntutan itu dibenarkan didalam Islam.

Najib tidak mendapat keadilan maka wajib kita tuntut supaya hak beliau ditegakkan. Jika kita enggan berbuat apa-apa, tunggulah bala dari Allah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mantan Peguam Negara: Pengampunan Di Raja Tidak Terikat Kepada Nasihat Lembaga Pengampunan



Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang yang khianat…” (Surah an-Nisa, ayat 105).

Firman-Nya bermaksud: “Wahai orang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa” (Surah al-Maidah ayat 8)

 


Baca Artikel Menarik:

Cuaca panas, aircond dan kipas laku keras!

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker