Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
Kerajaan perlu memberikan pandangan dalam isu bayaran kepada pengundi dan pada masa sama dua agensi yang berkaitan perlu bersepakat mencari titik persefahaman bagi membezakan rasuah dan ‘sedekah’.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ahmad Shabery Cheek, berkata pada ketika ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak pernah meminta mana-mana calon yang bertanding mengemukakan kos membayar pengundi luar, sedangkan mereka tahu ia berlaku.
Katanya syarat untuk seseorang calon membuat pengisytiharan perbelanjaan mereka hanya ada di atas kertas tetapi SPR tak pernah memeriksanya secara terperinci.
Dalam keadaan sekarang, kata bekas menteri itu, amalan rasuah politik dan bayaran atas nama membiayai perjalanan seseorang pengundi dibezakan oleh satu garis pemisah yang sangat nipis.
Menurut Ahmad Shabery wujud persoalan sama ada seseorang pengundi wajar dibayar sagu hati kerana pulang atau melakukan perjalanan untuk mengundi.
Pada satu sisi, katanya, ada pandangan bahawa ia tidak wajar kerana mengundi memang menjadi tanggungjawab seseorang rakyat, justeru mereka perlu berkorban.
Pandangan lain pula menganggap bayaran sagu hati tersebut wajar dan hari mengundi dilihat sama seperti sambutan hari raya apabila ia diraikan oleh ramai orang.
Jumlah pengundi naik mendadak
Dengan adanya bayaran tertentu, katanya, ia akan meringankan beban pengundi yang kurang berkemampuan.
Namun kata Ahmad Shabery, jika bayaran itu wajar, timbul pula persoalan siapakah yang patut mengeluarkan wang, sama ada parti politik atau dibiayai oleh kerajaan dengan sagu hati berkenaan disalurkan terus kepada akaun pengundi.
Mengikut amalan sekarang, tambahnya, SPR membenarkan pemberian sagu hati dan terpulang kepada parti politik untuk mengagihkannya.
“Ini memberi kelebihan kepada parti-parti politik yang berjaya mengumpulkan dana pilihanraya yang lebih besar,” katanya.
Pada masa sama kata Ahmad Shabery, ia akan mendesak sesebuah parti politik mencari sebanyak mungkin dana termasuk melalui kaedah yang salah.
“Tidak ada satu kaedah yang jelas, berapa jumlah yang patut dibayar?
“Bagi satu kawasan parlimen yang mengandungi 100,000 pengundi dan 10 peratus peratus pengundinya berada di luar (kebanyakan di Lembah Kelang).
“Kalau secara purata RM100 seorang diberi, ini bermakna RM100 x 10,000 bersamaan RM1 juta. Kini pertambahan pengundi naik mendadak dan jumlahnya lebih besar dari itu,” katanya.
Bekas ahli parlimen Kemanan itu berkata, dia dimaklumkan ada parti politik yang memberi sagu hati lebih daripada RM300 seorang selain menyediakan bas dan pengangkutan lain untuk pengundi dari Lembah Kelang.
Jika ia benar, katanya, jumlah yang dibelanjakan oleh sesebuah parti politik boleh mencecah RM3 juta bagi setiap kawasan parlimen.
“Takut bayaran dibuat bukan kepada pengundi, maka timbullah isu bersumpah dahulu sebelum wang dibayar,” katanya.
Selain itu kata Ahmad Shabery, dalam kalangan orang muda, mereka mengalami perubahan itu dengan ‘kejutan budaya’ dengan ramai menganggap mengundi itu suatu kerja.
“Habis kerja ambil upah, siapa yang bagi upah lebih itu yang mereka sokong,” katanya.
Pada masa sama SPR dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah didakwa Ahmad Shabery kurang sepakat menanggapi isu berkenaan.
“Kerajaan Madani perlu memberi pandangan: apakah Malaysia wajar menjadi contoh, atau kita kena cari contoh lain yang lebih baik untuk diikuti,” katanya. Mk
Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
Baca Artikel Menarik:
- Hujan peringkat bahaya di Johor dan Sabah, tahap buruk di Pahang
- Sidang media Rafizi dijangka panas, rakyat menunggu bila ‘formula’ boleh berjaya
- Kalaulah Hadi kunci mulut
- Lelaki bakar rumah mentua, langgar bekas isteri
- Lelaki warga asing skodeng jiran mandi ditahan polis
- 35 terperangkap di tapak perkhemahan
- Hannah Yeoh maklumkan Allahyarham Abd Rani Osman sahabat sejati
- Nurul Izzah Anwar BerKongsi Berita Pemergian Bayi Dalam Kandungan
- Isu sedekah undi: PAS, rakyat Malaysia bukanlah bodoh
- Tetap Rasuah ‘Sedekah’ Pilihan Raya Kepada Pengundi – Azam Baki
- “Bukan Urusan Saya, Pas Boleh Rujuk SPR – Anwar
- “Saya Tak Pernah Lupa….” Anwar Mahu Tawan Semula Permatang Pauh
- ‘Mana Ada Turun Harga? Harga Barang Apa Yang Turun?’ – Peniaga Kesal Bahan Mentah Masih Mahal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran
Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.