Kena tinggal dengan tunang kerana larikan diri dari sekatan JPJ (Video)

Kena tinggal dengan tunang kerana larikan diri dari sekatan JPJ (Video)

Seorang lelaki sanggup meninggalkan tunangnya yang terjatuh dari motosikal ketika pasangan itu melarikan diri daripada sekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menghala Pulau di sini, malam tadi.

Menurut laporan Malaysia Gazette, kejadian jam 9.45 malam itu menyebabkan gadis berusia 20-an itu mengalami kecederaan ringan di tangan dan kaki.

Bagaimanapun, belum sempat pihak JPJ memberikan rawatan awal, gadis tersebut turut melarikan diri.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa berkata, pasangan yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 diarahkan berhenti bagi membolehkan pihaknya melakukan pemeriksaan menerusi Ops Motosikal Khas di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina.

Bagaimanapun, jelas beliau, ketika penguat kuasa mengarahkan penunggang membuat lencongan untuk pemeriksaan lanjut, lelaki tersebut bertindak melarikan diri dengan membuat pusingan U.

“Tindakan mengejut lelaki itu membuatkan pembonceng gadis terjatuh daripada motosikal dinaiki mereka.

“Bagaimanapun, lelaki itu tidak peduli akan kejadian tersebut sebaliknya terus memecut laju motosikal menghala ke bahagian Pulau.

“Susulan insiden itu, kita sempat soal siasat pembonceng terbabit sebelum dia mengaku lelaki tersebut tunangnya dan mereka dalam perjalanan dari Seberang Perai ke pusat bandar,” katanya kepada pemberita di lokasi malam tadi.

Tambah beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan lelaki tersebut mungkin tiada lesen memandu atau tiada cukai jalan memandangkan dia tidak menghentikan motosikal meskipun tunangnya terjatuh.

Mengulas mengenai operasi tersebut, Adenan berkata, sebanyak 301 saman dikeluarkan selain 24 buah motosikal disita atas pelbagai kesalahan.
SUMBER TikTok @amirulainul4788

Kena tinggal dengan tunang kerana larikan diri dari sekatan JPJ (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker