PAS dicabar jelaskan siapa agih ‘sedekah’ pada pengundi bersumpah

PAS dicabar jelaskan siapa agih ‘sedekah’ pada pengundi bersumpah

Pemimpin PAS dicabar mendedahkan siapakah individu dalam video tular yang memaparkan pemberian wang tunai kepada pengundi yang dikehendaki bersumpah terlebih dulu bahawa mereka mengundi parti terbabit.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu Raja Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata amat penting untuk pemimpin PAS menjawab persoalan tersebut ketika isu mengenai rasuah pilihan raya terus diperkatakan orang ramai.

“Pemimpin PAS mesti menjawab isu video yang tular menunjukkan seorang warga emas meminta penerima wang pemberiannya bersumpah atas nama Allah mereka mengundi PAS.



“Adakah benar orang tersebut merupakan ahli jawatankuasa PAS di salah sebuah kawasan dalam Terengganu?

“Adakah benar video pemberian ‘sedekah’ tersebut berlaku di sebuah surau di kawasan Bukit Payong?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu isu pemberian wang kepada pengundi di Terengganu diperdebatkan banyak pihak selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa peraturan sedia ada hanya melarang calon yang bertanding dan wakil mereka berbuat demikian.

Kenyataan itu dibuat selepas Umno Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU ke-15 baru-baru ini bagi kawasan parlimen Kuala Terengganu, Marang, dan Kemaman.



Petisyen yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu adalah dibuat mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ketika sesetengah pihak mendakwa ia adalah tindakan merasuah pengundi – sekali gus merupakan kesalahan dalam pilihan raya – Abdul Hadi sebaliknya menegaskan wang berkenaan sekadar sedekah.

Raja Bahrin berkata, banyak pihak menyatakan perbuatan yang terakam dalam video tersebut bukannya ‘sedekah’ tetapi rasuah kerana ia melibatkan ikrar yang penerima mesti mengundi PAS.

“Amat penting PAS membuat kenyataan tentang isu ini kerana perbuatan yang dikatakan rasuah ini dipercayai berlaku di sebuah surau yang merupakan tempat suci orang Islam.



“Kami memohon PAS memberi penjelasan atau sekurang-kurangnya menafikan tuduhan-tuduhan yang serius ini bagi menjaga kesucian tempat orang Islam beribadah,” Jelasnya. Mk

PAS dicabar jelaskan siapa agih ‘sedekah’ pada pengundi bersumpah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker