Cikgu diperdaya, hampir suku juta duit pencen Allahyarham suami ditapau Macau Scam

 

Seorang Cikgu wanita mendakwa wang pencen arwah suaminya berjumlah RM233,480 lesap selepas dirinya diperdayakan sindiket Macau Scam, sejak dua minggu lalu.

Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata mangsa berusia 55 tahun dari Maran, mendakwa pada mulanya dihubungi suspek yang menyamar sebagai wakil syarikat penghantaran pada 13 Jan.

“Mangsa mendakwa suspek mengaitkan dirinya dengan kegiatan pengedaran barang larangan dan kes penggubahan wang haram yang telah menjadi kes polis.

“Dia kemudian dihubungi suspek kedua yang menyamar sebagai pegawai polis yang turut meminta maklumat perbankan mangsa kononnya bagi tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Ramli berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas semakan di bank mendapati terdapat 16 transaksi pemindahan wang secara dalam talian dilakukan tanpa pengetahuannya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di IPD Maran, semalam.

Ramli menasihatkan orang awam tidak cemas apabila menerima panggilan yang kononnya dari pihak berkuasa dan tidak mendedahkan maklumat peribadi serta perbankan kepada pihak ketiga.

“Pihak penguat kuasa tidak menjalankan sebarang siasatan menerusi panggilan telefon dan orang awam dinasihatkan untuk sentiasa menyemak dengan polis atau bank jika menerima panggilan seupamanya,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker