Al-Azhar gesa boikot produk Sweden, Belanda
Al-Azhar gesa boikot produk Sweden, Belanda
Kaherah: Universiti Al-Azhar di Mesir, institusi pendidikan paling berprestij di dunia Islam, menggesa agar produk Sweden dan Belanda diboikot selepas penunjuk perasaan berhaluan kanan memusnahkan Al-Quran di negara berkenaan.
Al-Azhar, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, menyeru “umat Islam memboikot produk Belanda dan Sweden”.
Ia juga menggesa “tindak balas sewajarnya daripada kerajaan kedua-dua negara ini” yang didakwanya “melindungi jenayah keji dan biadab atas nama ‘kebebasan bersuara'”.
Ahli politik berhaluan kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan pada Sabtu membakar salinan kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Turki di Stockholm, meningkatkan ketegangan ketika Sweden membicarakan Ankara berhubung usahanya untuk menyertai NATO.
Keesokan harinya, Edwin Wagensveld, yang mengetuai bahagian Belanda bagi kumpulan anti-Islam Jerman Pegida, mengoyakkan halaman Al-Quran semasa protes seorang diri di luar parlimen.
Imej di media sosial juga menunjukkan dia berjalan di atas halaman kitab suci yang koyak itu.
Pencemaran al-Quran mencetuskan bantahan keras dari Ankara dan demonstrasi di beberapa ibu kota dunia Islam termasuk di Afghanistan, Iraq, Pakistan, Syria dan Yaman.
Kementerian Luar Mesir “mengutuk sekeras-kerasnya” pembakaran Al-Quran, menyatakan “kebimbangan yang mendalam terhadap kejadian seperti itu berulang dan peningkatan Islamofobia di beberapa negara Eropah”.
Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson mengecam tindakan Paludan sebagai “sangat tidak menghormati”, manakala Amerika Syarikat menyifatkan tindakan itu “menjijikkan”.
Jurucakap Jabatan Negara AS Ned Price pada Isnin berkata pembakaran itu adalah kerja “seorang provokator” yang “mungkin dengan sengaja berusaha untuk meletakkan jarak antara dua rakan kongsi rapat — Turki dan Sweden”.
Pada Selasa, Turki menangguhkan rundingan keanggotaan NATO dengan Sweden dan Finland, selepas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengecam Stockholm kerana membenarkan protes hujung minggu yang termasuk pembakaran Al-Quran. HM
Al-Azhar gesa boikot produk Sweden, Belanda
Baca Artikel Menarik:
- Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
- Meerqeen, Anna macam suami isteri sebenar
- Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis
- Naib Presiden UMNO: Siapa bertahan, siapa mencabar?
- Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail
- Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan
- Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
- Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri
- Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan
- Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan
- Proton X90, sedan baharu Perodua tarikan utama 2023
- Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]
Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)