Mahathir kata Anwar banyak musuh, tak boleh jadi PM.

Kita boleh setuju dengan kenyataan Mahathir ini kerana kita tahu latar belakang Anwar dan kes-kes yang melibatkan beliau.

Sudah tentu ramai musuh dalam selimut yang menyimpan segala macam rahsianya. Apabila cakap mereka tidak “dipatuhi” Anwar, maka banyak rahsia baru akan keluar.

Amat bahaya untuk orang begini menjadi Perdana Menteri kerana kepentingan negara akan berada dalam ancaman.

Mahathir juga mempunyai ramai musuh. Justeru eloklah kedua-duanya lupakan saja hasrat untuk menjadi perdana menteri.



Berikut adalah artikel dari Suara.TV :


Anwar Tak Boleh Jadi PM, Dia Banyak Musuh Kata Mahathir

Kuala Lumpur – Dr Mahathir Mohamad mendakwa Anwar Ibrahim tidak boleh dicalonkan sebagai perdana menteri kerana presiden PKR itu mempunyai ramai musuh yang akan menyukarkan Pakatan Harapan Plus meraih sokongan mencukupi untuk kembali ke Putrajaya.

“Kita tidak boleh bagi dekat dia, dia ada banyak musuh, tapi kita punya sokongan (ahli Parlimen) tidak cukup. Bila tidak cukup, kita kena tambah bilangan.



“Kalau bubuh nama dia (sebagai calon PM), saya fikir tidak ramai yang akan menyertai, bahkan ada orang tertentu yang sedang ada dengan kita akan tinggalkan kita. Dengan itu, kita akan menjadi tidak cukup bilangan, tidak boleh dapat balik kerajaan.

“Sebab itu kita tidak boleh bersetuju dengan pendapat dia. Kalau kita ikut dia, sampai bila kita tidak boleh luluskan siapa yang akan jadi perdana menteri,” kata bekas perdana menteri itu dalam satu klip video yang tersebar di media sosial hari ini.

Difahamkan, klip video itu ialah pertemuan Mahathir dengan pemimpin akar umbi PPBM Terengganu di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam.

Mahathir turut mendakwa Anwar tidak bersetuju untuk beliau menjadi perdana menteri buat kali ke-3.



“Saya nak beritahu bukan saya nak jadi perdana menteri. Saya sudah 24 tahun jadi (PM), 22 tahun sebelum ini dan masa PM ke-7 selama 2 tahun.

PH kini bergolak ekoran keputusan PKR bertegas mahu Anwar menjadi calon perdana menteri manakala DAP dan Amanah pula cenderung menyokong Dr Mahathir.

Alasan yang diberikan oleh DAP dan Amanah ialah hanya Dr Mahathir mampu menarik sokongan ahli parlimen lain manakala Anwar gagal mendapatkannya biarpun telah diberikan masa yang secukupnya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker