Bank perlu bayar ganti rugi, kes penipuan dalam talian babitkan TH

Bank perlu bayar ganti rugi, kes penipuan dalam talian babitkan TH

Pihak bank bertanggungjawab menentukan kaedah dan jumlah ganti rugi bagi kes penipuan dalam talian membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH).

Ini berikutan urusan pengeluaran wang simpanan akaun TH dibuat menggunakan perbankan konvensional dan bukan melalui TH.



Kes kehilangan wang semasa proses dan interaksi pengeluaran wang (debit) dalam akaun TH berpunca daripada syarat pengawasan perakaunan bank terbabit dibolosi, justeru ganti rugi kepada mangsa perlu diuruskan melalui polisi insurans perbankan berkenaan.

Langkah itu adalah antara sembilan syor yang diputuskan pada Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat dan TH, bagi menangani isu penipuan dalam talian membabitkan TH.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim, hari ini.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas mengambil kira jumlah kerugian ekoran penipuan dalam talian membabitkan TH menerusi pelbagai institusi perbankan setakat ini, bernilai RM1.96 juta.



“Pihak bank bertanggungjawab menentukan kaedah dan jumlah ganti rugi jika syarat pengawasan perakaunan bank terbabit dibolosi.

“Bank perlu menangani isu kehilangan wang simpanan pendeposit supaya pendeposit tidak hilang keyakinan terhadap mereka,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Ambrin Awaluddin; Pengarah Eksekutif Operasi Haji TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab; Pengurus Besar Komunikasi Korporat Haji TH, Ahmad Shahriman Johari dan Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Haji TH, Affandi Abdullah.

Mengulas lanjut, Rais berkata, mesyuarat turut menyarankan TH dan bank perantara meningkatkan aspek keselamatan bagi urusan perbankan dalam talian, selain syarat pengeluaran secara dalam talian diperketatkan.



Katanya, mesyuarat juga memutuskan bank perantara menyediakan laporan atau penyata ganti rugi kepada mangsa penipuan, supaya masalah rakyat ini dapat dipantau dari semasa ke semasa.

Untuk itu juga, katanya, mesyuarat memutuskan segala tindakan dan keputusan mesyuarat jawatankuasa terbabit, diusulkan dalam sidang Dewan Negara akan datang supaya isu dan permasalahan dihadapi rakyat mendapat perhatian sewajarnya.

Selain itu, beliau berkata, TH perlu memberi peluang kepada pendeposit untuk membuat pilihan, sama ada urusan simpanan dan pengeluaran dibuat secara manual atau dalam talian.

Di samping itu, TH dan media disyor memperhebatkan kempen kesedaran penipuan dalam talian kepada masyarakat menerusi media sosial, cetak dan penyiaran.



Mesyuarat juga meminta supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat terus aktif menyusul perkara berkepentingan rakyat, khasnya berkaitan simpanan rakyat di TH. BH

Bank perlu bayar ganti rugi, kes penipuan dalam talian babitkan TH

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran



Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker