Menteri Warisan Sabah didakwa atas perjanjian tanah Risda esok.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Peter Anthony akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok atas perjanjian pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Naib presiden Warisan itu mengesahkan beliau mendapat waran daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hadir di mahkamah pada 8 pagi.

Beliau ke pejabat SPRM di sini pada 2.50 petang tadi untuk disoal siasat berhubung projek konsesi jalan dan keluar sejurus sebelum 6 petang.

Semalam, beliau disoal siasat SPRM selama 7 jam.

Anthony berkata, beliau akan terus berjuang untuk kebenaran dan mendakwa pertuduhan itu bermotifkan politik.

“Saya tiada masalah untuk hadir esok. Jika mereka mahu tahan saya, saya bersedia. Ini ialah kes lama yang sudah selesai.

“Mereka boleh buat apa saja yang mereka mahu, tetapi saya akan terus berjuang. Kita ialah orang Sabah dan tidak akan diperbodohkan lagi.”

Anthony ditahan SPRM pada Januari 2018 untuk membantu siasatan ke atas perjanjian pembelian tanah kelapa sawit bernilai RM155 juta di daerah Tongod, Sabah.

Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan.

FMT

Related Articles

One Comment

  1. shafie apdal, you’re next!

    shafie apdal cuba buat deal minta persetujuan TSMY kalau dia & parti warisan sokong TSMY & jadi sekutu PN kesnya bersama kuncu2nya bedal RM1.5 bilion tidak akan dibuka kembali tapi TSMY kata boleh jalan dahhh! tu yang shafie apdal terpaksa menjadi melukut tepi gatang sekarang ini bertenggek bawah ketiak mahathir dengan harapan bulan julai ini akan jatuh kerajaan PN & kembali berkuasa kerajaan pakatan hancing(ph) yang akan tutup kesnya(mungkin untuk selama-lamanya)

    semudah itu harapan & jangkaan shafie apdal tanpa memikirkan ketakutan pakatan hancing(ph) yang tidak mahu parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU diadakan mengikut perlembagaan kerana sesiapa sahaja yang menjadi PM sekarang ini seperti TSMY akan menasihati Yang Dipertuan Agong minta parlimen dibubarkan bila beliau hilang majoriti sokongan dari ahli2 parlimen

    sudah tentu UMNO, PAS, MCA, MIC & GPS tidak akan setuju kalau TSMY setuju dengan permintaan shafie apdal itu kerana PN mempunyai prinsip & integriti tidak mahu menyalah-guna kuasa seperti pakatan hancing(ph) yang menganiayai pemimpin2 UMNO dengan memperalat lantikan politik mereka seperti latheefa koya & tommy thomas ke dalam SPRM & AGC untuk mendakwa(tanpa bukti & terbukti tidak melakukan apa2 kesalahan oleh pihak berkuasa negara lain) mereka ini kononnya melakukan rasuah & penyelewengan

    boleh difahamkan SPRM berada dalam keadaan lega & bebas tidak lagi rasa tertekan atau ditekan sekarang ini bila PN menjadi kerajaan untuk buka kembali atau teruskan siasatan kes shafie apdal yang bedal RM1.5 bilion…ada ustaz kata gaji yang ketua baru & pegawai2 SPRM terima sekarang ini untuk beri makan & minum kepada diri sendiri, isteri, suami & anak2 telah kembali mempunyai keberkatan

    siapa tidak setuju atau tidak suka pendapat ustaz itu, boleh berikan penampar

    SPRM pernah berkata rasa terkejut bila tommy thomas tiba2 menggugurkan kes rasuah(banglo) lim guan eng ketika proses perbicaraan sedang berjalan dimana beberapa saksi telah memberi keterangan di mahkamah…rasa tekejut ini sudah semestinya membawa maksud SPRM harus membuka kembali kes rasuah(banglo) lim guan eng, buat siasatan & pendakwaan baru atau suruh Peguam Negara minta mahkamah meneruskan/menyambung perbicaraan yang tertangguh

    kepada SPRM, jangan cakap tak serupa bikin kerana sekarang ini anda bukan lagi terpaksa menjadi ‘pak turut’ kepada ketua anda bernama latheefa koya yang dilantik atas lantikan politik oleh mahathir(PM7) si tua kutuk paling celaka atas muka bumi…begitu dengan tommy thomas yang sendiri mengaku dirinya dilantik menjadi Peguam Negara atas lantikan politik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker