Giliran Amirudin saman Sanusi
Amirudin Shari mengambil tindakan undang-undang terhadap menteri besar Kedah berhubung kenyataan fitnah mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor.
Giliran Amirudin saman Sanusi
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Sanusi Nor berhubung kenyataan fitnah mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) bernilai RM700 juta.
Amirudin berkata, surat saman akan dikemukakan kepada menteri besar Kedah itu selewat-lewatnya Khamis ini.
“Peguam saya sedang teliti. Esok dan paling lewat Khamis akan sampai kepada Sanusi surat-surat tersebut.
“Diharap mereka tidak lari-larilah,” katanya kepada pada sidang media di pusat khidmat Ahli Parlimen Gombak.
Minggu lalu, Sanusi dalam Jelajah Mega PN Best “Sayangi Kedah Sejahtera” di Dataran Darul Aman, Jitra, mendakwa wujud skandal antara Amirudin dengan Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Vincent Tan yang kononnya mahu melaksanakan projek RM10 bilion di Sungai Klang.
Susulan itu, Vincent mengemukakan saman terhadap Sanusi semalam dengan menuntut pampasan ganti rugi sebanyak RM200 juta kerana dakwaan berunsur fitnah.
Mengulas lanjut, Amirudin yang juga pengerusi PH Selangor menegaskan isu berkaitan pembersihan Sungai Klang dan usaha sama syarikat Berjaya Land Sdn Bhd sudah dijawab termasuk di Parlimen awal tahun ini.
Bagaimanapun, beliau kesal kerana isu itu masih lagi dimainkan sebagai modal politik oleh pihak tidak bertanggungjawab menjelang PRN Selangor.
“Mereka nak jadikan benda ini bahan politik tapi sayangnya dah jadi fitnah. Lepas jadi fitnah, kita cakap janganlah buat fitnah, berhentilah. Lepas itu kita saman, dia marah pula. Itulah jadi masalahnya,” katanya.
Sementara itu, mengulas tindakan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap SMG, semalam, Amirudin berkata keberadaannya sebagai pengarah syarikat Landasan Lumayan Sdn Bhd kerana ia adalah projek “kritikal yang memerlukan penyelesaian”.
“Tiada satu sen pun saya dapat. Paling besar elaun saya dapat ialah karipap dalam mesyuarat,” katanya.
Badrul Hisham atau Che’gu Bard mempersoalkan elaun diterima Amirudin dalam syarikat itu yang merupakan pemaju utama projek inisiatif SMG.
Landasan Lumayan adalah syarikat dilantik bekas menteri besar Selangor Azmin Ali. FMT
Giliran Amirudin saman Sanusi
Baca Artikel Menarik:
- Chef Nasi Arab terkenal aniaya saya – King of Roadtrip
- Exco Kelantan belanja penapis air kepada aduan yang viral sahajakah?
- Saifuddin Nasution kacau saya – Sanusi
- Telefon tauke judi untuk minta duit?
- Sanusi hang duk buat apa la ni?
- Anak rantau Kelantan pasti dapat peluang kerja jika diberi mandat kepada Kerajaan Perpaduan
- Anwar lawat Ustaz Muhaizad di Madrasah Ribat Al-Musthofa
- Doktor pakar kanser tembak bayi sebelum bunuh diri
- Calon PAS disiasat berkait dakwaan pikat isteri orang
- Sanusi dituntut bayar ganti rugi RM200 juta oleh Vincent Tan
- ‘Fahaman saya benar, yang lain sesat’
- SPRM cari menantu Muhyiddin, peguam
- ‘Aduh YB janganlah macam ni’
- Sanusi ‘play victim’ untuk raih simpati
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.