Proton Wira Dinobat Kereta Paling Kerap Dicuri 11 Tahun Berturut-Turut

Proton Wira Dinobat Kereta Paling Kerap Dicuri 11 Tahun Berturut-Turut

Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia mendedahkan Proton Wira, kereta ikonik Malaysia, juga merupakan kereta yang paling digemari pencuri, mengekalkan statusnya sebagai ‘kenderaan paling dicuri’ selama 11 tahun berturut-turut, lapor The Star.

Proton Wira Paling ‘Dicari’ Pencuri, Rekod Kes Kecurian Tertinggi
Proton Wira Kekal Model Paling Banyak Dicuri Sepanjang Awal 2019
Sedih Berpisah Dengan Wira ‘Lejen’, Netizen Setuju Dengan Rhys Kereta Tempatan Ini Tahan Lasak

Kenyataan itu dibuat berdasarkan tuntutan yang diterima oleh syarikat insurans. Sebanyak 131 buah Proton Wira dilaporkan dicuri pada 2021, diikuti Proton Iswara dengan 75 kes dilaporkan. Manakala Perodua Myvi pula menduduki tangga ke-6 dalam carta.



Bagi kenderaan buatan luar negara pula, Toyota Hilux paling banyak dicuri dengan 65 kes pada 2021, meletakkannya di tempat keempat, di belakang Perodua Kancil.

“Ada kereta Mercedes-Benz curi dijual pada harga serendah RM10,000, atau Hilux pada harga RM12,000, dan Wira hanya RM3,000.

“Wira merupakan jenama popular ketika itu, dan masih terdapat sejumlah besar di jalan raya walaupun pengeluaran dihentikan pada 2009,” kata koordinator Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia, Mas Tina sambil menambah bahawa selalunya pencuri menjadikannya sebagai pembekal alat ganti Wira.

Terdahulu influencer dari Britain, Rhys William mengakui model Proton Wira merupakan salah sebuah kereta yang tahan lasak dan steady. Vc



Proton Wira Dinobat Kereta Paling Kerap Dicuri 11 Tahun Berturut-Turut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker