Bekas Angkasawan NASA Buzz Aldrin Umum Perkahwinan Ke-4 Di Usia 93 Tahun

Bekas Angkasawan NASA Buzz Aldrin Umum Perkahwinan Ke-4 Di Usia 93 Tahun

BEKAS angkasawan Edwin ‘Buzz’ Aldrin mengumumkan perkahwinan dengan “cinta lamanya” pada hari lahir ke-93 Jumaat lalu.

Aldrin mengumumkan perkahwinan keempatnya ini di Twitter.

“Pada hari lahir ke-93 dan pada hari bakal dikurnia penghormatan oleh Living Legends of Aviation, saya dengan sukacitanya mengumumkan cinta lama Dr Anca Faur dan saya telah berkahwin.

“Kami disatukan dalam satu majlis peribadi di Los Angeles dan teruja seperti remaja kahwin lari,” tulis Aldrin.

Beliau menitip dua gambar dirinya memakai tuksedo dan Faur memakai gaun bergemerlapan berlengan panjang.

Dr Faur, 63, yang memiliki PhD dalam kejuruteraan kimia ialah naib presiden eksekutif syarikat Aldrin, Buzz Aldrin Ventures.

Aldrin turut mengucapkan terima kasih kepada peminat atas ucapan selamat ulang tahun mereka dalam satu lagi tweet.

Aldrin, atau nama penuhnya Edwin Eugene Aldrin Jr, dilahirkan pada 20 Januari 1930 di Glen Ridge, New Jersey, Amerika Syarikat.

Aldrin pertama kali berkahwin pada 1954 ketika berusia 24 tahun dengan Joan Archer.

Perkahwinan kedua Aldrin adalah dengan Beverly Van Zile (1975–1978), dan kemudiannya dengan Lois Driggs Cannon (1988–2012).

Perceraian Aldrin pada 2012 menyaksikan beliau perlu membayar bekas isterinya 30 peratus daripada pendapatan semasa.

Beliau mempunyai tiga anak iaitu Janice Aldrin, Andrew Aldrin, dan James Aldrin.

Aldrin merupakan manusia kedua pernah menjejakkan kaki di bulan pada tahun 1969 selepas Neil Armstrong dalam misi ke bulan pada Julai 1969.

Misi hampir 250,000 batu ke bulan menaiki kapal angkasa Apollo 11 itu turut disertai Neil Armstrong dan Michael Collins. Mail Online

Bekas Angkasawan NASA Buzz Aldrin Umum Perkahwinan Ke-4 Di Usia 93 Tahun

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker