Hadi jangan cari dalil halalkan rasuah pengundi

Hadi jangan cari dalil halalkan rasuah pengundi

Tindakan Hadi Awang mempertahankan pemberian wang selepas PAS dituduh menyogok pengundi beberapa hari sebelum PRU15 dibidas Umno dengan petikan undang-undang.

Ketua Penerangan Isham Jalil berkata erti “suapan” dan “menyogok” telah dijelaskan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akta Kesalahan Pilihan raya.



“Hadi, janganlah cari dalil untuk halalkan rasuah pengundi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau khuatir ahli politik akan menggunakan alasan ‘sedekah’ untuk merasuah pengundi agar menang pilihan raya dan mengambil rasuah apabila memerintah.

“Ke manakah sistem politik dan demokrasi negara ini ingin dituju apabila parti dan ahli politik boleh sewenangnya merasuah pengundi atas nama ‘sedekah’?” soalnya.

Terdahulu, Hadi mempertahankan pemberian wang selepas PAS didakwa menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan Terengganu, melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.



Ia susulan langkah Umno Terengganu memfailkan petisyen kepada mahkamah, untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, dan Kemaman, serta Marang yang dimenangi Hadi dengan majoriti 41,729 undi.

“Ikut undang-undang pilihan raya, calon atau wakil calon tak boleh bagi. Jadi orang awam nak bagi sedekah terpulang pada dia lah,” katanya. FMT

Hadi jangan cari dalil halalkan rasuah pengundi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Kantoi berbogel bersama ibu mentua



Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker