Durian bakul jadi rebutan
Durian bakul jadi rebutan
KOTA BHARU: Sebanyak lima tan durian habis dijual dalam tempoh kurang dua jam di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini.
Itu penangan, ‘durian bakul’ yang dijual pasangan suami isteri, Shahmi Azani Mohd Tanazi, 30, dan Saidatul Fatini Shamsudin, 30.
Durian berkenaan dijual secara bakul pada harga RM10, RM25, RM40 hingga RM50 untuk sebakul.
Shahmi berkata, jualan bermula jam 10.30 pagi dan biasanya ia habis terjual kurang dua jam.
“Kita jual terus dari dalam lori, pelanggan akan bawa bakul untuk diisi, dan bayar sebaik dapat durian.
“Biasanya, durian jenis kampung atau durian kahwin kita jual RM10 hingga RM25 sebakul manakala untuk RM40 ke atas adalah bagi durian bergred seperti Musang King, D24/XO, Udang Merah, IOI dan Tekka,” katanya ketika ditemui di tapak jualannya di sini, hari ini.
Shahmi berkata, setiap bakul dengan harga berlainan itu ditentukan melalui warna dan bentuk bakul seperti bakul biru untuk durian berharga RM10 manakala bakul kelabu, harga RM25.
Katanya, ini bagi memudahkan urusan jual beli kerana keadaan akan sesak ketika sesi memborong durian.
“Idea jual durian dalam bakul ini dicetuskan isteri bagi memberi peluang orang ramai boleh membeli durian tanpa risau kerana raja buah ini sinonim dengan harga mahal,” katanya.
Dia yang berpengalaman menjual durian sejak 15 tahun berkata, ketika ini dia menjual lebih 13 jenis durian yang diperoleh dari Raub, Pahang.
Katanya, selain faktor musim perayaan, durian mendapat permintaan tinggi kerana harganya menurun kebelakangan ini, misalnya bagi Musang King kebiasaan dijual RM35 sekilogram kini berharga RM22 sekilogram.
Bagi Siti Esah Ismail, 69, dia sanggup datang dari Kok Lanas, Ketereh untuk membeli durian di situ kerana harganya jauh lebih murah.
“Kita beli banyak nak jamu anak dan ahli keluarga yang pulang bercuti,” katanya. BH
Baca Artikel Menarik:
- Kakitangan kerajaan negeri terima bonus dikecualikan cukai – Anwar
- ‘Kelakuan jengkel’ Shafee meletihkan mahkamah – Zaid
- Sudah macam ‘gila talak’
- Shahrir sindir Ambiga, bila kawan sendiri kena baru salah guna kuasa
- Ramasamy tak puas hati hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK
- Intel beri komitmen pelaburan RM30 bilion
- Jual rumah, kereta akibat gaji tertunggak
- Anwar mampu kembalikan martabat Malaysia – Abang Johari
- “Masa Kahwin, I Buang Karier, I Fokus Jaga Suami & Anak-Anak” – Luah Puteri Sarah
- Kedekut nak beri beg plastik, lelaki naik angin rempuh kedai serbaneka
- Umno Alor Setar buat pusing U, akur jawatan ‘top 2’ tak dipertandingkan
- Myvi buat hal rempuh Hilux (Video)
- 10 Sebab Kenapa Kerajaan Perlu Hapuskan Monopoli Touch ‘n Go
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kantoi berbogel bersama ibu mentua
Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson
You must be logged in to post a comment.