Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah mengalami situasi seperti rasa ditindih hantu semasa tidur bukan? Rasa berat di dada dan sukar untuk bernafas menjadikan tidur kita terganggu dan sudah pasti bermulalah segala persoalan negatif di dalam minda.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa situasi ini sebenarnya berkait rapat dengan apa yang dipanggil ‘sleep paralysis’ yang mempunyai beberapa faktor mengapa ia berlaku. Kadang-kadang bukan sebab utamanya adalah gangguan makhluk halus, malah dari segi perubatan juga perlu diambil berat.

KENA TINDIH HANTU ATAU SLEEP PARALYSIS ?

“Ya pakcik, datang hari ini sebab apa?”

“Pakcik kena tindih hantu”

“Maksud pakcik?”

“Dah seminggu pakcik tidur kena tindih hantu. Pakcik sedar tapi tak boleh gerak. Memang kena tindih dengan hantu. Pakcik azan dan baca ayat quran baru hantu lari. Baru lega. Dah jumpa bomoh, tapi tetap kena tindih. Bomoh suruh ikhtiar jumpa doktor pula”

“Ini mesti hantu besar tindih pakcik. Seram ini pakcik. Takpe, saya jelaskan apa yang terjadi pada pakcik dari sudut perubatan. Ini dipanggil Sleep Paralysis”

“Sleep Paralysis” adalah satu fenomena dimana dalam seseorang itu sedar, tetapi tak mampu bergerak. Kebiasaanya terjadi apabila seseorang individu itu berada di antara fasa ingin sedar (bangun tidur) dan tidur. Fenomena ini terjadi dalam satu daripada dua fasa iaitu “hypnagonic” dan “hypnopompomic”.

PENGHASILAN IMEJ IGAUAN YANG MENYERAMKAN

“Hypnagonic” terjadi sebelum tidur manakala “Hypnopomponic” pula terjadi terjadi ketika terjaga daripada tidur. Semasa tidur, tubuh badan kita berada dalam keadaan relaks dan pemikiran kita dalam keadaan kurang sedar. Semasa “hypogonic” terjadi, pemikiran kekal sedar tapi anggota badan berada dalam keadaan “involuntary” yang terlalu relaks.

Apabila begini, seseorang individu itu akan cuba memaksa untuk menggerakkan anggota badan mereka,lalu akan menghasilkan pemikiran panik dan seterusnya menghasilkan satu imej igauan yang menyeramkan.

Fenomena ini normal dan kekerapan terjadi berbeza bergantung pada individu. Kebiasaannya terjadi disebabkan tekanan perasaan dan pemikiran (stress). Faktor yang menggalakkan ia kerap terjadi jika kekurangan tidur yang kualiti, masa tidur yang tak teratur, posisi tidur yang salah dan penyalahgunaan ubat dan dadah.

Memandangkan ia adalah normal, tiada rawatan khusus disediakan. Namun, jika berlarutan dan semakin teruk, boleh berjumpa dengan doktor dan akan dirujuk kepada Pakar Perubatan dan akan disarankan menjalani “Sleep study” iaitu kajian mengenai paten tidur seseorang.

Bagi mengurangkan kejadian fenomena ini, seseorang itu boleh memperbaiki waktu tidur yang lebih baik, luahkan perasaan,kurangkan stress dan amalkan cara hidup yang sihat. Jika berlarutan akan dirujuk pada Pakar Psikiatri dan diberi rawatan sepatutnya.

“Setakat ini pakcik faham?”

“Faham. Tapi kadang-kadang pakcik perasan lengan dan peha makcik memang ada atas badan pakcik masa tidur”

Oh, itu memang seram!
Sumber: Twitter @Dr Ahmad Samhan

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang

Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker