Kadar faedah hampir pasti naik lagi bulan ini
Kadar faedah hampir pasti naik lagi bulan ini
Standard Chartered Malaysia menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.00 peratus daripada 2.75 peratus, membalikkan langkah pemotongan kadar yang disebabkan oleh COVID-19.
Firma penyelidikan itu berkata pertumbuhan inflasi yang tinggi, melonjak dan meluas akan menyebabkan dasar monetari akan terus diperketatkan.
“Kami akan memerhatikan penilaian BNM terhadap pendirian dasar monetari yang akan memberi pencerahan mengenai seberapa hampir bank pusat itu untuk mengakhiri kitaran memperketatkan dasar,” katanya dalam satu nota hari ini.
Firma penyelidikan itu berkata, pertumbuhan kekal kukuh di Malaysia, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun penuh 2022 dijangka berada pada 8.8 peratus.
“Inflasi melonjak dan meluas, mencerminkan inflasi permintaan yang kukuh di tengah-tengah peningkatan gaji pembuatan dan perkhidmatan, walaupun gaji perkhidmatan masih lagi berada di bawah trend pertumbuhan jangka sederhana,” tambahnya.
Namun, Standard Chartered berkata risiko peningkatan inflasi adalah kekal, dengan tekanan inflasi yang meluas, kenaikan kos perkhidmatan dan harga import yang masih tinggi.
“Susulan kemungkinan kenaikan pada Januari, kami menjangka ia berhenti pada Mac, sebelum satu lagi kenaikan 25 mata asas pada Mei, dengan menganggap kerajaan mengumumkan sebahagian pelarasan subsidi pada separuh kedua 2023.
“Jika subsidi ditarik balik kepada hanya 20 peratus pengguna RON95, kami menganggarkan inflasi utama akan meningkat hanya sebanyak 0.9 peratus mengikut asas tahunan,” tambahnya. BH
Kadar faedah hampir pasti naik lagi bulan ini
Baca Artikel Menarik:
- Samun RM100,000: Guru besar beri alasan sudah biasa keluar wang tanpa polis pengiring
- Perdana Menteri kata sistem isytihar harta SPRM sebelum ini adalah ‘lawak’
- Ada lelaki nikah isteri orang, wali tiada tauliah
- Kalau tak mau libatkan saya sebagai Ahli Parlimen pun tak apa…
- Had laju di Jalan Persekutuan turun 10km/j mulai esok
- Kalau Syamsul tak mahu cerai, Puteri Sarah ada jalan lain
- Shahidan lupa, dia dulu pun nak jadi MB seumur hidup
- Keputusan PAU 2023 melibatkan kedudukan Zahid, Ini komen Anwar
- ‘Langgar’ PH di PRN, penganalisis beritahu MCA, MIC
- Wang bantuan awal persekolahan lebih RM100,000 lesap dilarikan perompak
- Sami bunuh diri kerana cemburu selepas jatuh cinta pada cucu sendiri
- Gaya Penampilan Neelofa Di Sebuah Majlis Jadi Pertikaian
- Warga tempatan mengamuk, Bangladesh buat rumah sebagai tempat sembelih ayam dan kolam ikan keli [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk
Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot
Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…