Rayuan Ustaz Wan Ji terhadap tuduhan hina Sultan Selangor didengar 7 April ini

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan menangguhkan ke 7 April ini bagi mendengar rayuan hukuman penjara setahun terhadap penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin, atas kesalahan menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor.

Peguam bela Wan Ji, Sangeet Kaur Deo, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan perkara itu.

“Penangguhan itu akan memberi masa kepada saya untuk lebih bersedia dalam rayuan berkenaan selepas mengambil alih daripada peguam, Ramkarpal Singh,” katanya lapor akhbar itu.



Difahamkan, pendengaran itu untuk pembelaan berhujah mengenai usul yang merujuk isu perlembagaan iaitu sama ada Akta Hasutan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pada 12 Julai 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan penangguhan hukuman itu yang sepatutnya bermula 9 Julai tahun sama hingga proses rayuan di Mahkamah Rayuan selesai.

Hakim Abdul Halim Aman, membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan beberapa alasan dikemukakan peguam mewakili Wan Ji, Mohd Radzlan Jalaludin dan Ariff Azami Hussein.

Dalam prosiding itu, Halim menetapkan syarat tambahan kepada Wan Ji iaitu perlu mendapatkan kebenaran mahkamah untuk ke luar negara, selain meneruskan syarat Mahkamah Sesyen sebelum ini, iaitu membayar wang jaminan RM5,000 dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.



Pada 10 Sept 2014, Wan Ji didakwa kerana menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook dengan nama wanji.attaaduddi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, Shah Alam, pada 10 pagi, 5 Nov 2012.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Untuk kesalahan kedua dan seterusnya, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini



Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker