Khairuddin sertai Majlis Ulama Umno

Khairuddin sertai Majlis Ulama Umno

Penubuhan Majlis Ulama Umno yang baru diumumkan Presiden Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu turut disertai bekas pemimpin PAS, Khairuddin Aman Razali.

Zahid berkata, Khairuddin yang sebelum ini pernah memegang jawatan setiausaha Majlis Syura Ulama PAS akan membantu Pengerusi Majlis Ulama Umno Dusuki Ahmad.

“Selaku tokoh agama yang banyak pengalaman dan jaringan persahabatan dalam kalangan ulama dan cendekiawan Islam dalam dan luar negara, saya percaya Dusuki mampu membantu saya dan Umno untuk memperkukuhkan lagi agenda dakwah Islamiah, pendidikan Islam dan tarbiyah dalam parti.

“Insya-Allah beliau juga akan dibantu oleh Khairuddin Aman Razali yang pernah menjadi setiausaha Majlis Syura Ulama PAS,” katanya di Facebook.

Pada Perhimpunan Agung Umno minggu lalu Zahid berkata penubuhan Majlis Ulama Umno adalah satu daripada hala tuju perlu dibuat supaya parti itu dapat maju ke hadapan.

Zahid sebelum itu berkongsi beberapa keping gambar pertemuan bersama Dusuki dan Khairuddin.

Khairuddin merupakan bekas ahli parlimen Kuala Nerus. Pada PRU14 beliau

telah menewaskan calon Umno dan Amanah dengan 8,447 undi.

Beliau dipecat sebagai setiausaha Majlis Syura PAS pada 11 Feb. Sebulan sebelum itu beliau dipecat daripada jawatankuasa pusat parti itu.

Pada Mac lalu, bekas menteri industri perladangan dan komoditi itu berkata beliau tidak akan menyertai Umno atau menubuhkan parti baharu selepas keluar dari PAS.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum ke-15 baru-baru ini, Khairuddin cuba mempertahankan kerusinya atas tiket Barisan Nasional namun tewas kepada Alias Razak dari PAS.

Zahid berkata Dusuki merupakan veteran Umno dan mempunyai pengalaman dan hubungan yang luas dalam kalangan ulama dan cendekiawan Islam di dalam dan luar negara.

Pembentukan majlis itu pertama kali dicadangkan pada perhimpunan agung parti 12 tahun lalu.

Semasa PAU minggu lalu, Zahid mengumumkan bahawa majlis itu akan ditubuhkan dengan Dusuki ditetapkan sebagai pengerusi pertamanya.

Dusuki ialah bapa kepada Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi. FMT

Khairuddin sertai Majlis Ulama Umno

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker