Kerajaan semak semula akta lapuk tinggalan penjajah – Azalina

Kerajaan semak semula akta lapuk tinggalan penjajah – Azalina

Kerajaan akan menyemak semula undang-undang lapuk yang diwarisi daripada zaman penjajahan British bagi memastikan ia sesuai digunakan mengikut peredaran dan perkembangan semasa, kata Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said.

Azalina berkata, Malaysia mewarisi pelbagai undang-undang daripada zaman penjajahan British seperti Akta Kontrak 1950 Kanun Keseksaan, Akta Keterangan 1950, Akta Undang-Undang Sivil 1956 dan Akta Fitnah 1957, lapor Utusan Malaysia

“Sebagai contoh, cubaan bunuh diri adalah kesalahan jenayah yang diimport oleh penjajah British melalui Indian Penal Code. United Kingdom memansuhkan kesalahan tersebut pada 1961 tetapi Seksyen 309 Kanun Keseksaan masih kekal dalam undang-undang kita.

“Saya berpendapat hukuman jenayah bukan jawapan kepada masalah kesihatan mental. Oleh itu, saya berkomited untuk menyemak semula Seksyen 309 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, kerajaan juga akan menyemak penggunaan terminologi perundangan yang mempunyai konotasi negatif sehingga mempengaruhi stigma dan menyebabkan diskriminasi masyarakat terhadap komuniti tertentu.

“Misalnya perkataan ‘dumb witness’ dan ‘idiot’ masih digunakan dalam Akta Keterangan dan Kanun Keseksaan.

“Saya berpendapat penggunaan terminologi bukan perkara yang kecil tetapi harus diberi pertimbangan yang sewajarnya dalam proses semakan undang-undang,” katanya.

Menurutnya, antara undang-undang yang akan disemak semula adalah Akta Profesion Undang-Undang 1976, Akta Jualan Barang 1957, Akta Kontrak 1950 dan Akta Insolvensi 1967. FMT

Kerajaan semak semula akta lapuk tinggalan penjajah – Azalina

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker