Malaysia Madani ganti slogan Keluarga Malaysia

Malaysia Madani ganti slogan Keluarga Malaysia

Dalam tradisi setiap pentadbiran mempunyai jenama atau slogan tersendiri dan nampaknya konsep Malaysia Madani akan menggantikan slogan Keluarga Malaysia ketika era pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

Slogan itu sebahagian daripada tema majlis dialog Belanjawan 2023 bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim pagi ini mengenai membangunkan masyarakat madani.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata pelbagai program akan diadakan di seluruh negara untuk mempromosikan konsep masyarakat madani yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



“Program ini mencerminkan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke arah masyarakat bertamadun, bebas memberi pandangan dan memupuk perpaduan.

“Ini juga merupakan norma baru masyarakat masa depan yang ideal, menghormati satu sama lain, dapat bergaul dan bekerjasama walaupun berbeza bangsa, agama serta budaya,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Madani dalam akar bahasa Arab bermaksud kota atau peradaban dan dikaitkan dengan kota suci umat Islam Madinah.

Dewan Bahasa dan Pustaka memberi maknda madani sebagai “maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.”



Istilah “masyarakat madani” selalu diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai “civil society.”

Ketika Anwar bersama pentadbiran kerajaan pada 1990-an, dia memperkenalkan konsep masyarakat madani dan pemikirannya itu dinukil dalam buku The Asian Renaissance terbitan 1996.

Anwar juga telah menulis sebuah buku bertajuk “Membangun Negara Madani” yang diterbitkan tahun lepas sebelum pilihan raya umum.

Laporan SelangorKini pada Nov lalu memetik Anwar sebagai berkata buku itu diilhamkan oleh pengalamannya dalam politik, dakwah serta membaca beribu-ribu buku tentang negara dan wawasan.



“Saya tidak mahu terikat dengan parti dan tokoh sahaja tetapi mahu soal dasar juga.

“Kita hanya berbicara soal wakil rakyat dan perdana menteri tetapi apa rencana dan kerangka besar pemikiran, itu disebut dalam buku ini. Buku ini boleh dijadikan tajuk perbincangan kerana melihat dasar, isu kemampanan ekonomi dan ihsan.

“Semua ini perlukan sifat penyayang dalam Malaysia dan mempertahan nilai akhlak yang menjadi teras dalam fahaman Islam dan didukung agama lain. Kalau nak setuju dan kritik boleh dalam perbahasan yang lebih teratur serta sopan,” katanya. Mk

Malaysia Madani ganti slogan Keluarga Malaysia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker