Kisah Ummu Salamah dilamar Rasulullah s.a.w. berkat kesabarannya menerima musibah

Kisah Ummu Salamah dilamar Rasulullah s.a.w. berkat kesabarannya menerima musibah

Kisah Ummu Salamah yang diceritakan oleh Imam Ahmad adalah cara Rasulullah menenangkan hati saat Ummu Salamah dilanda musibah. Pada suatu hari setelah menemui Rasulullah s.a.w., Abu Salamah mendatangi ku, lalu ia menceritakan, Rasulullah bersabda,

“Tidak ada seseorang daripada kaum Muslimin yang ditimpa musibah lalu ia mengucapkan, ‘Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’ lalu ia berdoa, ‘Allaahumma jurni fii musihiibatii wa akhilflii khairan minha’ (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah aku pengganti yang lebih baik darinya), melainkan doanya itu dikabulkan.”



Kemudian Ummu Slamah menghafal doa itu, ketika Abu Salamah meninggal dunia lalu doa itu terus dibacanya Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. ‘Allaahumma jurni fii musihiibatii wa akhilflii khairan minha.’

Pun begitu, Ummu Salamah tetap juga bertanya pada hatinya, “Daripada mana aku akan memperoleh orang yang lebih baik daripada Abu Salamah?”

Namun Allah itu jauh lebih mengetahui. Ketika berakhir idahnya, Rasulullah s.a.w datang lalu melamar Ummu Salamah. Lalu Ummu Salamah menjawab,

“Ya, Rasulullah keadaan ku akan membuatmu tidak berminat. Aku ini seorang wanita yang sangat cemburu maka aku takut engkau akan mendapatkan daripada diriku sesuatu yang kerananya Allah akan mengazabku. Sementara aku sendiri sudah tua dan mempunyai ramai anak.



Lalu Rasulullah bersabda,

“Adapun cemburumu yang engkau sebutkan maka semoga Allah akan menghilangkannya daripadamu. Dan usia tua yang engkau sebutkan maka aku pun mengalami apa yang engkau alami. Dan keluarga yang engkau sebutkan itu maka sesungguhnya keluargamu adalah keluargaku juga.”

Maka Ummu Salamah pun menerima lamaran Rasulullah dan menikahinya. Setelah itu Ummu Salamah pun berkata,

“Allah telah memberikan ganti kepadaku yang lebih baik daripada Abu Salamah iaitu Rasulullah.”



Doa yang diajarkan kepada Ummu Salamah itu juga boleh diamalkan ketika diri dilanda musibah kerana janji Allah itu pasti. Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w berdoa ketika berhadapan dengan kesusahan,

“Laa ilaaha illallahul azhimul halim, la ilaaha illallahu rabbul arsyil azhim, laa ilaaha illallahu rabbussamaawaati wa rabbul ardhi, wa rabbul arsyil karim.” (Tidak ada Tuhan melainkan Allah Maha Kuasa lagi Maha Penyantun, tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan langit dan bumi, dan Tuhan Arasy yang Maha Tinggi.”)

Kalau kita rasa berseorangan dalam menghadapi musibah maka kita kena sentiasa ingat. Bila kita rasa semua orang tidak faham akan masalah yang sedang melanda kena ingat bahawa kita tidak keseorangan kecuali Allah ada bersama.

“Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”(al-Baqarah: 153).



Kadang-kadang kita rasa beratnya dugaan yang Allah datangkan. Mengapa aku yang ditimpakan ujian ini dan bukan orang lain. Ketika itu ingatlah,

“Allah tidak akan memberati sesuatu melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya.” (al-Baqarah: 286).

Kena sentiasa ingat bahawa di sebalik kesusahan ada kemudahan,

“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyiraah: 5).



Kemudian hati mula berkata mengapa aku tidak tenang, resah gelisah maka al-Quran ada jawapannya.

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia.”(ar-Rad: 28).

Setiap masalah yang melanda diri jika al-Quran menjadi pegangan nescaya ada penyelesaiannya. Wallahu a’lam Utv

Kisah Ummu Salamah dilamar Rasulullah s.a.w. berkat kesabarannya menerima musibah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker