Saya akan pastikan ‘suara’ Malaysia terus lantang – Tengku Zafrul

Saya akan pastikan ‘suara’ Malaysia terus lantang – Tengku Zafrul

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan memastikan suara Malaysia terus lantang di persada antarabangsa.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook semalam, beliau ketika ini sedang mewakili negara pada World Economic Forum (WEF) yang diadakan di Davos, Switzerland.

“Alhamdulillah, baru sahaja sampai hari ini (semalam) di Lapangan Terbang Zurich. Selepas ini, terus menaiki kereta ke Davos untuk menyertai World Economic Forum (WEF).

“WEF merupakan forum global yang menghimpunkan seramai 2,700 pemimpin mewakili 130 negara, termasuk 52 ketua negara,”katanya.

Pada masa sama kata Zafrul, beliau juga akan bertemu dengan wakil pelbagai syarikat utama dunia dalam usaha meyakinkan mereka untuk melabur di negara kita.

“Doakan kejayaan saya, demi Malaysia,”ujarnya. K Online

Saya akan pastikan ‘suara’ Malaysia terus lantang – Tengku Zafrul

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker