Puad bidas Ramasamy

Puad bidas Ramasamy

Seorang pemimpin Umno mengecam kenyataan ahli DAP, P Ramasamy yang menyifatkan Ahmad Zahid Hamidi menjadi ‘duri dalam daging’ selagi mana terus menjadi presiden parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi, berkata Ramasamy mungkin ‘terlupa’ dirinya juga beban kepada DAP.

“Sebab itu DAP Putrajaya desak Ramasamy dikenakan tindakan disiplin (pada 2019),” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau merujuk kepada desakan DAP Putrajaya mahu Jawatankuasa Eksekutif Pusat menasihati Ramasamy, yang juga timbalan ketua menteri Pulau Pinang, daripada terus meniupkan sentimen perkauman.

Semalam, Ramasamy berkata, Zahid dilihat dianggap menjadi duri dalam daging kepada Umno dan kerajaan perpaduan selagi beliau kekal sebagai presiden parti itu.

Beliau berkata demikian susulan keputusan Perhimpunan Agung Umno meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan, menjelang pemilihan parti yang perlu dilakukan sebelum 19 Mei.

Timbalan ketua DAP Pulau Pinang itu, berkata Umno tidak boleh diremajakan tanpa membersihkan imejnya yang “dicemari rasuah” terlebih dahulu, sambil menambah bahawa Zahid nampaknya “pemimpin paling tercemar”.

Zahid juga merupakan timbalan perdana menteri dan menteri kemajuan desa dan wilayah.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pembantu Zahid, Razlan Rafii juga menyelar kenyataan Ramasamy, sambil menyatakan pemimpin DAP itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian dalam fasa ‘memandang ke hadapan’ dengan landskap politik baharu.

Menurut laporan Sinar Harian, Razlan memberitahu Ramasamy supaya menjaga partinya sendiri. FMT

Puad bidas Ramasamy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker