Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…
Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…
Musibah datang tanpa undangan, menghampiri tidak terhidu baunya. Ia adalah ujian untuk orang yang beriman.
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata; “kami beriman,” sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.”(Al-Ankabuut; 2-3).
Apakah solusi lain yang kita ada ketika musibah datang melanda selain sabar? Dan, adakah kita mengetahui senjata lain yang boleh digunakan untuk menghalang musibah selain menghadapinya dengan kesabaran?
Ahli falsafah Eropah, Jean Jacques Rousseau pernah berkata, sabar itu pahit tapi buahnya cukup manis. Mampukah kita menanti hingga sabar itu, buahnya meranum dan menjadi amat manis sekali?
Mengucap perkataan sabar memang mudah tapi untuk melakukannya maha payah. Terutamanya apabila perkataan itu diucapkan kepada orang yang sedang hanyut di lautan musibah, ia menjadi belati yang menikam tangkai jantung.
Sabar ya! Semakin banyak diucapkan orang untuk menyabarkan mereka yang dilanda musibah, makin remuk redam hati dan lagi lebat air mata. Perkataan sabar itu membunuh segala kekuatan yang masih bersisa di hati. Walaupun sebenarnya kita sedar bahawa sabar itulah yang paling banyak dituntut dalam al-Quran dan Allah menjanjikan ganjaran yang hebat kepada orang yang sabar. Apa yang perlu diucapkan selain daripada sabar?
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah berkata, benar sabar itu tidak boleh diucap. Perkataan sabar itu amat sensitif terutamanya mereka yang sedang dilanda musibah. Bila diucapkan perkataan sabar seolah-olah mereka yang sedang dilanda musibah itu tidak sabar maka disuruh untuk bersabar.
Jangan sesekali gunakan perkataan sabar kerana ia bagaikan menggoncang kesabaran yang ada. Tukarkannya dengan perkataan lain atau pujukan dan yang paling elok adalah doa. Boleh juga lakukan seperti yang pernah Rasulullah lakukan ketika Ummu Salamah ditimpa musibah iaitu dengan doa.
Cara yang Rasulullah tunjukkan jauh lebih baik berbanding menggunakan perkataan sabar bagi menenangkan perasaan orang yang sedang dilanda musibah. Kalau boleh diharamkan perkataan itu maka haramkanlah penggunaannya dalam situasi tertentu. Lagi banyak perkataan sabar yang diucap semakin remuk hati, makin laju air mata yang gugur.
Memang benar, Dr. Salasiah mengakui dalam al-Quran banyak disebut sabar paling utama dan Allah janjikan ganjaran yang banyak. Contohnya, firman Allah dalam surah Al-Baqarah: 155,
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”
“(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan; “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”(Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Allah dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah 156).
Namun dalam hubungan sesama manusia perkataan itu menjadi sesuatu yang ‘kejam’ walaupun maksud sebenarnya baik. Nasihat secara langsung bukan satu perkara yang tepat dilakukan ketika hati dilanda musibah. Paling utama adalah mendoakannya semoga Allah memberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi dugaan.
Hati yang sedang dilanda musibah ini terlalu rapuh mudah tersentuh jika tidak kena gayanya akan menjadi lebih parah. Untuk mengatakan sabar memang mudah kerana kita tidak berada dalam situasi mereka namun apabila diri yang mengalaminya. Perkataan sabar itu menjadi bagaikan racun berbisa.
Sebaik-baik ucapan adalah doa
Perkara yang paling penting ketika berhadapan dengan orang yang sedang dilanda musibah adalah mendoakannya. Apabila kita mendoakan, ia akan melahirkan satu perasaan lain walaupun kekecewaannya tetap sama namun masih ada pengharapan pada jiwa lara.
Memang sakit apabila kecewa atau sedih, hampa apabila dilanda musibah. Ketika itu bukan wang ringgit yang diharapkan cukup sekadar sokongan moral atau mungkin bahu untuk menangis dan kawan untuk berharap.
Contohilah seperti yang dilakukan oleh orang Arab setiap kali berjumpa atau berziarah, akan penuh dengan doa. Semuanya didahului dengan doa apatah lagi jika menghadirkan diri untuk mereka yang sedang dilanda musibah bertambah-tambahlah doanya. Doa itu tidak semestinya kita bacakan di dalam bahasa Arab atau pun ketika selepas solat. Namun yang paling baik adalah doa yang kita fahami.
Dalam pada itu Dr. Salasiah tidak menafikan, doa yang paling baik adalah doa yang tidak diketahui orang yang didoakan seperti disebut dalam hadis. Rasulullah bersabda,
“Tidak seorang Muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama Muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat mendoakannya pula, “mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula.”
Pun begitu, ketika dilanda musibah doa secara terang-terangan kepada mereka yang menjadi mangsa adalah lebih utama. Dengan cara itulah hati-hati yang gundah gulana mendapat sedikit ketenangan, mereka tidak rasa bersendirian menghadapi dunia.
Imam Al-Ghazali ada menyebut tentang musibah,
“Benarlah bagai dikata bahawa setiap yang Allah ciptakan itu ada hikmahnya. Sesungguhnya pada setiap bala itu ada nikmat dan menjadi kewajiban setiap hamba untuk bersabar dan bersyukur untuk menghadapi kedua-duanya.”
Jelas Dr. Salasiah, hikmahnya memang tidak diketahui dalam jangka masa terdekat namun pasti suatu hari nanti ada. Di situlah letaknya konsep redha yang mengiringi setiap musibah yang berlaku. Apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali amat bagus untuk direnungkan andai kata kita menghadapi kematian seseorang yang kasihi.
Katanya, “Apabila seseorang itu menghadapi kematian seseorang yang dikasihi, hendaklah dia menggambarkan bahawa mereka sekeluarga sedang menuju ke suatu tempat tinggal yang abadi.
Yang telah meninggal itu merupakan pilihan Allah untuk pergi awal, mendahului yang lain. Jadi apalah gunanya rasa keberatan ditinggalkan sesiapa yang pergi dahulu. Di sini kita hendaklah meyakinkan diri bahawa kita akan menyusul kemudian nanti.”
Kata-kata Al-Ghazali itu boleh menjadi penawar kepada hati yang sedang berduka menghadapi musibah. Inilah terapi penenang jiwa bagi orang yang sedang menghadapi kehilangan orang dikasihi. Suatu hari kita akan bertemu di satu tempat yang telah Allah tetapkan. Wallahu a’lam Utv
Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…
Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…
Baca Artikel Menarik:
- Sol oh Sol!
- Mukhriz tak matang – Marzuki
- 1 kilometer untuk ke tandas
- BN akan cabar kemenangan Hadi di Marang
- Dokumen diperlukan untuk terima bantuan awal persekolahan
- Didera, dibuang tepi jalan
- Lawatan sekolah berakhir dengan murid menari tarian tiang
- Skim pengeluaran awal KWSP hingga RM30,000 dimohon pencarum
- Tuduhan wujud perwakilan import memalukan PAU – Megat Zulkarnain
- Jaga mulut atau ‘tsunami hijau’ terus membesar – Sanusi
- Ismail kecewa tiada pertandingan ‘Top 2’ ‘
- Kenyataan Khairy berniat jahat – Jamal
- Perwakilan jerit ‘boo’ diupah RM300?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET