Harapkan pegar, subkontraktor TM antara ditahan kes curi kabel nilai hampir RM1j

Harapkan pegar, subkontraktor TM antara ditahan kes curi kabel nilai hampir RM1j

GEORGETOWN: Seorang subkontraktor Telekom Malaysia (TM) antara 19 individu ditahan polis kerana terbabit kegiatan curi kabel milik syarikat telekomunikasi itu di sekitar Pulau Pinang dan Kedah dengan kerugian keseluruhan RM910,448.

Kegiatan kumpulan itu terbongkar susulan penahanan 11 lelaki tempatan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di persimpangan lampu isyarat Jalan Tanjung Bungah, di sini, jam 2.40 pagi pada 10 Januari lalu.



Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata kesemua suspek ketika itu sedang memotong dan mengeluarkan kabel bawah tanah, namun gagal menunjukkan sebarang dokumen membabitkan kerja berkenaan lalu ditahan polis.

Risikan lanjut, katanya, membawa penahanan tujuh lagi individu dan seorang wanita yang berperanan sebagai ahli kumpulan dan pembeli kabel curi itu di Sungai Petani, Kedah.

“Seramai 14 daripada mereka terbabit dengan kegiatan curi kabel, lima lagi adalah pembeli yang turut ditahan. Seorang daripada yang ditahan adalah subkontraktor berusia 30-an yang dilantik TM dan polis belum pasti sama ada dia terbabit dengan kes sama di tempat lain.

“Kesemua 19 suspek itu berasal dari Kedah dan berusia antara 27 hingga 47 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.



Antara yang dirampas dalam serbuan itu, empat kenderaan termasuk sebuah lori, 65 batang kabel TM; telefon bimbit (14), kon jalan (12), parang, kapak serta pelbagai barang yang dipercayai bagi kegunaan kegiatan mencuri kabel.

Mohd Shuhaily berkata, ujian saringan air kencing mendapati tujuh daripada yang ditahan positif dadah, manakala 14 mempunyai rekod membabitkan jenayah dan dadah.

“Kumpulan berkenaan menyamar kononnya sedang membuat tugasan selenggara kabel TM bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Mereka mencuri kabel bawah tanah melalui ‘main hole’ sebelum melupuskannya di kawasan Sungai Petani dan Kuala Ketil, Kedah.

“Polis masih mengesan seorang lagi lelaki berusia 59 tahun disyaki terbabit dengan sindiket ini,” katanya menambah, polis percaya berjaya menyelesaikan 27 kes curi kabel, iaitu 17 di Pulau Pinang dan 10 di Kedah dengan nilai kerugian RM910,448. BH



Harapkan pegar, subkontraktor TM antara ditahan kes curi kabel nilai hampir RM1j

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah



Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker