Tanpa Pejuang, GTA akan terkubur tanpa nisan

 

SHAH ALAM – Gerakan Tanah Air (GTA) tidak akan terkubur ataupun dibubarkan meskipun Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berpendirian untuk keluar daripada gabungan tersebut.

Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Zamani Ibrahim berkata, perkembangan itu juga tidak akan merencatkan semangat parti komponen GTA untuk meneruskan usaha mendapat kelulusan pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).



“Kita nak membuktikan kepada rakyat dan juga beberapa pandangan parti lain mengatakan bahawa tanpa Pejuang, GTA akan lumpuh dan terkubur. Kita menafikan dan kita akan keluarkan maklumat dari masa ke masa tentang GTA.

“Bahkan kita sudah susun hala tuju yang mantap untuk kita mengambil ruang dan peluang agar mengadakan gerakan kepada rakyat untuk mengetahui bahawa perjuangan GTA tetap segar lagi.

“Kita juga sudah susun strategi untuk mendapatkan pendaftaran. Selepas itu kita terus akan jelajah bawa agenda bagi memberi kefahaman berkenaan GTA untuk membela negara, hak Melayu daripada tergadai,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada Sabtu, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan parti tersebut keluar secara rasmi daripada GTA bagi memperkukuhkan parti tersebut.



Mengulas berkenaan itu, Zamani berpendapat bahawa tindakan itu hanya akan merugikan Pejuang kerana tidak lagi berpegang kepada agenda utama iaitu mempertahankan umat Islam, bangsa Melayu dan tanah air daripada digadai.

“Jangan dia (Pejuang) memberi keutamaan kepada untung rugi parti. Kalau sekiranya dia keluar GTA dengan membawa agenda untung rugi parti, bagi saya Pejuang tidak boleh ke mana-mana.

“Ini kerana parti yang memperjuangkan agenda ini sudahpun ditolak rakyat hari ini. Rakyat sedang menanti-nanti dan mencari parti yang membawa agenda yang besar iaitu mempertahankan negara,” ujarnya.

Jelas beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad juga masih bersama GTA sebagai Pengerusi walaupun beliau telah meletakkan jawatan selaku Pengerusi Pejuang.



Sementara itu, Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, parti tersebut masih berpendirian untuk bersama dan tidak sesekali meninggalkan GTA demi kepentingan.

“Ia merupakan dusta yang besar. Rakyat yang sedang memerhati langkah tindak-tanduk perjuangan GTA. Putra tetap cekal menempuh badai dan tidak akan tergolong sebagai manusia ‘cakap lain buat lain’,” ujarnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini



Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker