‘Saya boleh kata ‘poster boy’ perlu bertanggungjawab, tapi…’

‘Saya boleh kata ‘poster boy’ perlu bertanggungjawab, tapi…’

Semua ahli dan pimpinan UMNO digesa menghentikan polemik termasuk sikap salah-menyalah mengenai punca Barisan Nasional (BN) mencatat prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan tindakan tuding-menuding mencari kesalahan berisiko menjejaskan usaha UMNO untuk melangkah ke depan jika polemik itu dibiar berterusan.



Sebaliknya, katanya, keutamaan parti itu yang kini menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, adalah untuk bergerak ke hadapan dan mendepani cabaran baharu susulan perubahan landskap politik di Malaysia ketika ini.

“Kita boleh sahaja menggariskan pelbagai alasan dan punca dengan menuding jari ke sana sini, tetapi janganlah kita menjadi telunjuk lurus kelingking berkait.

“Saya boleh sahaja gariskan bahawa adanya kempen pilihan raya calon kita memburukkan partinya sendiri, UMNO katanya parti korup, sudah rosak, sudah sesat dan pelbagai nista dilemparkan, hingga ucapannya dijadikan modal pembangkang menyerang kembali UMNO.

“Boleh juga saya menyebut ‘poster boy’ perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana beliau menjadi wajah hadapan parti dalam PRU-15.



“Jika ini hendak dijadikan polemik, kita tidak akan bergerak ke hadapan. Kita akan terus mencari-cari kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengingatkan semua ahli dan pemimpin parti supaya berhenti menafikan usaha parti dalam menghadapi pilihan raya umum kerana semuanya persiapan sudah dibuat sebaik mungkin. BH

‘Saya boleh kata ‘poster boy’ perlu bertanggungjawab, tapi…’



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin



Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker